MAS lancar pertandingan 'Big Flight'

Friday, March 23, 2012

MAS lancar pertandingan 'Big Flight'


MAS lancar pertandingan 'Big Flight' | KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melancarkan pertandingan "Big Flight" menerusi YouTube yang akan menyaksikan pemenang diraikan dalam penerbangan pesawat A380 syarikat penerbangan itu.

Peserta perlu mengemukakan video pendek menjelang 22 April dengan menyatakan kenapa mereka unik dan boleh dipertimbangkan untuk terbang dalam pesawat A380 MAS itu.
Peserta mestilah rakyat Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai pasport yang sah.
Sebanyak 20 video yang disenarai pendek akan dipilih berdasarkan kreativiti, keaslian dan keseluruhan.

Video yang disenarai pendek kemudiannya akan dimuat naik ke dalam YouTube bagi diundi oleh orang ramai dan lapan yang terbaik akan memenangi tiket penerbangan itu.

Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Promosinya, Al-Ishsal Ishak, berkata pertandingan itu adalah sebahagian daripada kempen "A380 Kebanggaan Negara" syarikat penerbangan itu yang dilancarkan awal bulan ini.

Butiran pertandingan dan video yang dikemukakan boleh didapati di http://www.youtube.com/MalaysiaAirlines.
Malaysia Airlines dijangka menerima pesawat pertama daripada enam pesawat A380 pada pertengahan Jun depan.

Pesawat itu akan mempunyai 494 tempat duduk di dalam tiga kelas yang terdiri daripada lapan di Kelas Pertama, 66 di Kelas Perniagaan dan 420 di Kelas Ekonomi.

Pesawat A380 itu akan beroperasi di laluan Kuala Lumpur-London mulai Julai. - BERNAMA

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images