Sari Yanti Selesa Bertudung

Wednesday, March 21, 2012

sari yanti selesa bertudung, sari yanti bertudung


Sari Yanti Selesa Bertudung | Walaupun memiliki dua cahaya mata, pelakon genit, Sari Yanti masih lagi dihujani pelbagai tawaran lakonan dan tidak hairanlah jika wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen.

Terbaru, Sari Yanti bersama pelakon lain seperti Diana Amir, Raja Farah dan Bienda bakal beraksi sitkom terbaru, Annisa setiap Ahad jam 8.30 malam di TV9.

Menurutnya, sitkom 13 episod ini dia pegang watak Nita, berusia 23 tahun dan telah berumah tangga.

“Ini pengalaman pertama saya berlakon dalam siri sitkom. Saya selesa watak dalam sitkom ini lebih-lebih lagi pelakon terlibat teman rapat saya.

“Saya terima tawaran lakonan ini kerana sitkom ini menampilkan jalan cerita ringan dan santai dan mengekalkan ciri keislaman. Saya juga tidak rasa terbeban dengan skrip yang diberi. Oleh itu saya senang menerima tawaran ini,” ujarnya.

Menyentuh watak bertudung dalam sitkom itu, pelakon berusia 28 tahun ini menyatakan dia selesa dengan penampilan watak itu.

“Pada awal kemunculan saya dalam drama bersiri Qaisara, saya sudah bawa watak bertudung. Jadi, tidak menjadi masalah buat saya.

Pelakon yang membintangi drama bersiri BFF ini juga berhasrat bertudung apabila tiba masanya nanti.

You Might Also Like

2 comment

  1. lama xjenguk blOg,rupanya mr.sepet dh tukar nama..igtkn sp khairul mahamad..he

    ReplyDelete
  2. @Farhana hehe .. nie blog lama .. yg baru ttap Mr.Sepet .. skrg ad mslh skit .. nnt up balik la www.mrsepet.com

    ReplyDelete

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images