Gambar Irma Hasmie Bertunang
Sunday, March 25, 2012
Gambar Pertunangan Irma Hasmie | Gambar Irma Hasmie Bertunang |
Gambar Irma Hasmie Bertunang
SUNGAI BULOH: “Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam.
Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.
“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya yang ditemui semalam.
Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.
“Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa,” katanya.
Gambar by rotikaya.com dan Metro
2 comment
Tahniah Irma..
ReplyDeleteAlhamdulillah..sepanjang saya join umrah 1 grup dengan family dato' razuan ni pada 14/2 -27/2/2012..family mereka mmg mudah mesra...kalau tak silap irma pergi dengan mak n adik die..sebilik dengan Anne Ngasri...tapi mereka pergi awal 1-2 hari dari kami...memang dah jodoh kan..Alhamdulillah..semoga berkekalan hingga ke syurga..Ameen..
ReplyDeleteAssalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !