Lebih banyak syarikat akan disenarai hitam kerana rasuah: SPRM

Tuesday, March 20, 2012

Lebih banyak syarikat akan disenarai hitam kerana rasuah: SPRM | KUALA LUMPUR: Lebih banyak syarikat tempatan dan multinational akan disenarai hitam kerana melakukan rasuah dalam usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serius untuk menangani gejala berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata sehingga sekarang, dua syarikat termasuk sebuah syarikat tempatan dan multinasional sudah disenarai hitam daripada menerima kontrak selama setahun di negara ini.
"Syarikat multinational itu telah disenarai hitam kerana memberi suapan dan syarikat tempatan itu, untuk rasuah, dan lebih banyak lagi akan datang...jika kita benarkan syarikat terlibat dalam penyelewengan itu, kita tidak akan berjaya bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah negara bebas rasuah," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Bank Islam di sini, hari ini.

Justeru, beliau berkata, tindakan itu (menyenarai hitam) akan memberi mereka pengajaran dan kesukaran berurusan dengan perniagaan tanpa rasuah di Malaysia.

Abu Kassim juga berkata, banyak syarikat gagal melihat kepentingan dasar bertulis tentang usaha memerangi rasuah, di mana masalah itu boleh menyebabkan kepada pengurusan perniagaan yang tidak betul.

Dalam usaha membanteras rasuah, Bank Islam hari ini juga memperkenalkan Integriti talian untuk mengendalikan panggilan yang berkaitan dengan sogokan dan rasuah dalam pertubuhan itu.

Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat, berkata pelanggan boleh menghubungi 1800-22-0091 untuk membuat laporan terhadap aktiviti itu.
"Kami percaya ini akan membuka jalan di kalangan bank-bank untuk memerangi rasuah, kerana telah terpasak dalam ajaran Islam supaya sentiasa berlaku adil dan saksama dalam urusan perniagaan," katanya. - BERNAMA

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images