Bomoh ambil kesempatan

Sunday, March 25, 2012

bomoh ambil kesempatan


Bomoh ambil kesempatan | SHAH ALAM – Di sebalik kesulitan hidup yang dihadapi dan berdepan kekangan me­ngumpulkan dana RM35,000 buat pembedahan Mawar Farisya Farid Alsuwad dalam tempoh seminggu ini, masih ada pihak mengambil kesempatan terhadap mereka sekeluarga.

Menurut Sahida Ramli, ibu kepada adik Mawar, ada pihak yang menghubunginya menawarkan khidmat pembedahan secara ghaib bagi mengubati penyakit anaknya, dengan me­ngenakan jumlah bayaran RM5,000 bagi khidmat tersebut.

Katanya, individu tersebut memperkenalkan dirinya sebagai bomoh yang boleh mengubati Mawar, dan menyembuhkan segala penyakit yang dihidapinya termasuk lumpuh otak dengan mengatakan orang suruhannya akan datang dan melakukan pembedahan.

“Dia menyuruh saya memasukan wang RM5,000 terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan khidmatnya. Kemudian, perlu menunggu waktu tengah malam dengan menye­diakan semangkuk air.

“Pada mulanya, beliau menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM20 sahaja, namun meningkat kepada RM5,000,” katanya yang terkilan dan kecewa dengan sikap pihak cuba mengambil kesempatan terhadap kesulitan mereka.

Justeru itu, beliau kini semakin berhati-hati dengan khidmat bantuan pihak yang cuba me­ngambil kesempatan selepas rayuannya bagi mengumpulkan dana RM35,000 untuk membiayai rawatan pembedahan anaknya dilaporkan Sinar Harian, tiga hari lalu.

Menurutnya, Mawar perlu menjalani pembedahan segera atas nasihat doktor disebabkan keadaan kesihatannya yang baik setakat ini.

“Mawar mudah dijangkiti penyakit, kerana antibodinya lemah. Melihatkan keadaannya yang semakin baik doktor memberikan tempoh seminggu ini untuk menjalankan pembedahan segera,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, mereka yang ingin me­nyumbang boleh ke akaun Bank Islam milik Mawar, 12- 216-02-002450-1.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images