MasterChef Selebriti Malaysia

Wednesday, March 28, 2012

MasterChef Selebriti Malaysia


MasterChef Selebriti Malaysia | Selepas mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tempatan, program realiti masakan popular di Astro Ria, MasterChef Malaysia kini bakal melebarkan penjenamaannya kepada sebuah lagi program iaitu MasterChef Selebriti Malaysia.

Program 28 episod yang bakal ke udara pada setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00malam ini akan bermula 26 Mei 2012 di Saluran 104. Seramai 16 orang selebriti tanah air popular bakal menghangatkan dapur program ini antaranya Raja Azmi, Dato' Fazley Yaacob, Tomok, Azwan Ali, Jehan Miskin, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Louisa Chong, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuan dan ramai lagi.

"MasterChef Selebriti masih mengekalkan konsep yang sama, namun istimewanya, penonton juga dapat menyaksikan selebriti mereka disatukan di dapur dan memasak bagi misi membantu dana badan-badan kebajikan yang mereka wakili di mana wang kemenangan yang diperolehi akan disalurkan kepada badan kebajikan yang mereka pilih," ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad Ramli ketika ditemui pada sesi rakaman program tersebut di Bukit Rimau Industrial Park, petang tadi.

"Ini adalah di antara inisiatif kami yang ingin menghiburkan serta beramal dalam pada masa yang sama. Malah, dengan adanya program realiti yang berunsurkan hiburan amal seumpama ini, ia dapat menyerlahkan lagi sikap prihatin di kalangan selebriti tanah air yang sudi menghulurkan bantuan dalam usaha untuk meringankan beban badan-badan kebajikan yang memerlukan."

Peserta MasterChef Selebriti Malaysia bakal diadili oleh tiga juri iaitu Chef Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amran. Ditanya mengenai ketiadaan Chef Ridz dalam program kali ini, Raqim memberitahu, "Sebab utama ketiadaan Chef Ridz ialah kami inginkan kelainan pada program ini. Kami mahukan Serina, jadi abang dia tak boleh ada dalam program ini untuk mengelakkan ketidakadilan."

Jangan lupa saksikan program MasterChef Selebriti Malaysia pada setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 26 Mei 2012 secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images