Bot karam, lima nelayan selamat

Tuesday, March 20, 2012

Bot karam, lima nelayan selamat | LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)Wilayah Utara menyelamatkan lima nelayan dalam kejadian bot karam di PulauJerkong di perairan Langkawi hari ini.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara Kapten Salim Ahmad berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas menerima aduan daripada pemilik sebuah bot pelancong yang menyatakan terdapat sebuah bot bersama lima nelayan hampir karam.

"Pihak kami mengarahkan bot peronda APMM mengesan bot terbabit untuk operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 10.10 pagi tadi," katanya kepadapemberita di sini.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati bot yang membawa lima nelayan itu sudah separuh karam.

Katanya, nelayan yang diselamatkan itu adalah Abdullah Mat Dat (tekong), 50; Ali Muhamad, 54; Zulkifli Abdullah, 20; Abdul Rahman Hussin, 15; dan Mohamad Roslan Hussin, 13; yang kesemuanya dari Kuala Perlis.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke jeti Perikanan Bukit Malut di sini.

Salim menyarankan pemilik-pemilik bot kecil yang keluar ke laut supaya lebih berhati-hati kerana keadaan laut yang bergelora serta cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Mereka hendaklah sentiasa memakai jaket keselamatan ketika di laut, katanya. - Bernama

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images