Chelsea tentang Man City esok tanpa Terry

Wednesday, March 21, 2012

Chelsea tentang Man City esok tanpa Terry | CHELSEA berhadapan dengan masalah apabila Ketuanya, John Terry akan direhatkan daripada bermain ekoran kecederaan lutut apabila menentang Manchester City pada persaingan Liga Perdana Inggeris awal pagi esok (waktu Malaysia).


Bagaimanapun, Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo tetap optimis menjelang perlawanan itu.

Walaupun turun tanpa Terry, di Matteo tetap gembira apabila dia akan kembali beraksi dalam perlawanan menentang Tottenhem, Sabtu ini.

"Kita berada dalam keadaan yang baik dan semangat, itu yang paling penting dan saya berharap kita boleh mencapai kemenangan untuk musim ini. Kami bernasib baik kerana kecederaan dialami Terry hanya buat jangka masa pendek dan akan kembali pulih dengan cepat, Terry pemain yang penting dalam kelab ini dan seorang pemimpin yang baik di atas padang," kata di Matteo.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images