10 Perkara Menarik Tentang Percintaan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan

Friday, March 30, 2012



10 Perkara Menarik Tentang Percintaan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan |

1. Mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan Tahun Baru lalu di mana Fathuddin mengambil langkah berani dengan menghantar mesej berbunyi ‘Hi Jiran’.

2. Mesej comel tersebut membuatkan Liyana Jasmay tersenyum saat membacanya.

3. Difahamkan, pasangan ini diperkenalkan oleh Marsha dan Sharifah Sakinah yang juga merupakan kawan kepada Fathuddin.

4. Pertemuan pertama mereka di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng ditemani oleh teman baikLiyana Jasmay , Wan. Ketika pertemuan tersebut, Liyana Jasmay memberitahu agak gementar dan malu sehingga dia bercakap sambil menutup muka dengan Fathuddin. Dan kerana terlalu malu juga, Liyana Jasmay membuat keputusan untuk balik cepat.

5. Pertemuan kali kedua pula dibuat ketika makan tengah hari. Menurut Liyana Jasmay , Fathuddin seorang yang humor di mana tunangnya itu gemar membuat muka comel bercampur sengal.

6. Lokasi dating pertama mereka di Alexis, Bangsar.

7. Hadiah pertama yang diberikan Fathuddin kepada Liyana Jasmay ialah satu bakul berisi mawar merah dengan seleksi pelbagai coklat kegemaran.

8. Fathuddin pernah menonton filem Papadom lakonan Liyana Jasmay tetapi lucunya, dia tidak mengetahui yang LJ ada berlakon sekali di dalam filem berkenaan. Selepas kenal rapat, barulah Fathuddin mula menonton kesemua filem lakonan Liyana Jasmay .

9. Fathuddin merupakan seorang ahli perniagaan dalam pembangunan bangunan dan bekerja dengan bapanya sendiri. Fathuddin kerap berada di Sabah untuk urusan perniagaannya.

10. Selain jiran, Fathuddin juga merupakan senior Liyana Jasmay di sekolah menengah. Kakak Liyana Jasmay dan kakak Fathuddin merupakan kawan.

10 Perkara Menarik Tentang Percintaan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images