Saat bahagia Shuib dan Sarah

Friday, March 23, 2012

Saat bahagia Shuib dan Sarah


Saat bahagia Shuib dan Sarah | BUNGA-BUNGA bahagia semakin bertambah dalam kehidupan insan seni bernama Sarah Raisudin. Jika tahun lalu, dirinya bertemu jodoh dengan seorang jejaka bernama Shuib, kini seorang lagi ‘hero’ baru muncul dalam hidupnya. Uwais Al-Qarni, 3 bulan, buah hati pengarang jantung pasangan Sarah dan Shuib lahir pada 4 Disember tahun lalu menyemarakkan lagi kasih sayang selain membuatkan kehidupan pasangan ini semakin ceria.

Status ibu bapa muda yang digalas tidak mendatangkan masalah kerana masingmasing sudah bersedia memikul tanggung jawab tersebut sedari awal selepas mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Melihatkan pasangan ini mengulit dan melayan ‘jantung hati’ mereka tanpa ada rasa kekok benar-benar menunjukkan mereka gembira dengan anugerah tersebut. Bahkan, kehadiran Uwais menyebabkan Shuib tidak betah keluar rumah tanpa sebarang urusan.

“Sebelum Sarah bersalin, saya sedang menjalani penggambaran fi lem Amir dan Lukman Pergi ke Laut arahan Mamat Khalid. Selepas mendapat panggilan mengatakan Sarah masuk wad, saya jadi teruja dan dalam masa yang sama bimbang kerana saya tidak dapat menemani dia di hospital waktu itu. Saya berdoa moga saya sempat menemaninya kerana sejak awal kehamilan Sarah, saya sudah berhasrat menemaninya dalam bilik bersalin.

Sayangnya apabila sampai di hospital, saya diberitahu Sarah akan dibedah kerana ada masalah. Bertambah lagi kebimbangan dalam hati apabila Sarah sudah menahan sakit sejak 8 malam hingga 8 pagi esoknya. Disebabkan doktor bimbang bayi lemas, jadi dia syorkan untuk melakukan pembedahan dan saya akur.

Alhamdulillah, selepas lama menanti, akhirnya Sarah selamat melahirkan Uwais tepat jam 10.15 pagi.

Pertama kali melihat Sarah kesakitan membuatkan hati saya tidak mampu menahan rasa kesian dan rasa sayang semakin menggebu kerana dia sanggup berkorban untuk melahirkan zuriat untuk saya. Ditambah pula apabila menatap wajah Uwais tiada yang dapat saya ungkapkan ketika itu.

Teruja, seronok, sedih gembira semua bersatu dalam hati.

Tidak sangka, saya kini sudah bergelar seorang bapa," kata Shuib dengan penuh teruja.


Tak sanggup berjauhan

Menurut Shuib, pada mulanya dia berasa janggal menjaga anak kecil.

Namun naluri kebapaannya itu berjaya mengatasi perasaan itu.

"Jujur saya katakan, sebelum ini saya agak janggal memegang bayi kecil kerana saya anak tunggal. Tetapi apabila memangku anak sendiri, secara semulajadi saya tidak langsung berasa kekok.

Saya mandikan dia dan berani mendukung Uwais. Sehinggakan saya jadi berat hati untuk berjauhan dengan Uwais.

Teruja bergelar bapa, Shuib berkata, dia tidak sanggup berjauhan dengan anaknya. Walaupun terpaksa meninggalkan si kecil demi tugas, namun kerinduan tetap menebal di hatinya.

"Disebabkan itu, ketika melakukan penggambaran di Perak baru-baru ini, saya meminta Sarah mengirim mesej bergambar melalui telefon Blackberry.

Ini kerana wajah bayi akan berubah-rubah setiap masa dan saya tidak mahu ketinggalan detik-detik tersebut.

Malah, disebabkan mahu mendengar suara Uwais, saya meminta Sarah membuatkan Uwais menangis, hilang sedikit rasa rindu di hati,” akui Shuib yang mengakui cukup berbangga dan gembira kerana berpeluang bekerja di bawah Mamat Khalid, sutradara yang memang sudah lama menjadi idamannya.


Nama sufi terkenal

Ditanya mengenai pemilihan nama Uwais, Sarah yang ketika itu sedang ditatarias jurusolek terkenal, mengakui pemilihan nama bayi sulung mereka diputuskan bersama suami. Jelas Sarah, dia kebetulan berminat dengan nama Uwais Al-Qarni yang merupakan nama seorang sufi yang sangat sederhana orangnya.

“Kalau diikutkan waktu mengandung saya dan Shuib telah menyediakan dua nama untuk bayi kami. Satu daripadanya adalah Uwais Alqarni manakala satu lagi adalah Ahmad Deedat. Tetapi saya lebih suka dengan nama Uwais Al-Qarni.

Selepas bergelar isteri dan kini ibu, kehidupan saya kini cukup berbeza. Apabila berada dekat dengan Uwais dan melihat dia membesar dari sehari ke sehari cukup membuatkan hati saya teruja dan tidak sangka ada ‘manusia’ kecil yang memerlukan saya.

Sebagai ibu, saya mahukan yang terbaik untuknya dan kerana itu sejak awal kandungan saya sudah berhasrat mahu menyusukan Uwais dengan susu saya.

Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang masalah dan Uwais seorang anak yang tidak banyak kerenah.

Kerana itu juga, saya tidak sanggup meninggalkan dia yang masih kecil dan membawa sekali ketika saya ada urusan di luar. Bahkan, saya bersyukur kerana Shuib juga ringan tulang untuk membantu menukar lampin atau menjaga Uwais ketika saya sedang berehat.


Tidak lupa nyanyian

Memandangkan permata hatinya masih kecil, Sarah berkata, keutamaannya kini terhadap Uwais. Namun tidak bermakna, dia sudah melupakan bidang nyanyian.

“Walaupun saya sudah bergelar ibu kini, namun fokus dalam bidang nyanyian tidak terhenti, cuma saya perlu bijak membahagikan masa sebaiknya. Saya percaya pada nasib dan inilah masa yang sesuai untuk saya ‘keluar’ setelah lama menyepikan diri. Sekarang ini, kami sibuk mempromosikan single duet bertajuk, Cinta Itu Nyawa nukilan Aidit Alfian.

Selain itu kami juga turut berlakon dalam filem Man Sewel Datang KL. Lagu Cinta Itu Nyawa dicipta sebelum kahwin.

Kebetulan Shuib terdengar lagu ini dan sukakan liriknya yang seperti cerita tentang kami berdua. Waktu mahu nikah, Shuib meminta dengan Aidit untuk ‘meminjamkan’ lagu itu untuk diperdengarkan pada majlis pernikahan kami.

Shuib merakam lagu itu, manakala Aidit main gitar. Sayangnya lagu itu tidak diperdengar pada majlis kahwin kami kerana masa agak kelam kabut. Tidak sangka, pihak Mujahid Universal mendengar dan memilih untuk menjadikan lagu duet saya dan Shuib,” terang Sarah sambil diakui Shuib kononnya terpaksa mengambil masa lama untuk merakamkan lagu tersebut kerana terkena sukar mendapat semula ‘feel’ untuk merakam lagu itu semula.

Akui Sarah, lagu Cinta Itu Nyawa dirakam sewaktu kandungannya memasuki tujuh bulan. Lagu itu cukup bermakna kerana dia tidak pernah menyanyikan lagu yang ada kena mengena dengan diri sendiri. Manakala Shuib juga akan keluar dengan dua lagu bersama Sepahtu bertajuk Siapa Dapat Lisa dan Tak Tipu.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images