­

7 lokasi berisiko

Friday, March 23, 2012

7 lokasi berisiko | KUALA LUMPUR - Pembangunan baru bagi projek perumahan mahupun perindustrian besar di tujuh daerah meliputi kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang dikenal pasti sebagai kawasan mempunyai masalah serius dari segi tekanan bekalan airnya, adalah tidak digalakkan dan tidak akan diluluskan.

Tujuh daerah berkenaan adalah Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya menasihatkan agar pemaju yang berhasrat untuk merancang pembangunan perumahan di kawasan tersebut agar merujuk kepada Syabas.

Ini kerana menurutnya, kapasiti bekalan air di tujuh daerah berkenaan adalah sekadar memenuhi permintaan penduduk dan mereka berisiko mengalami masalah bekalan air yang serius sekiranya perumahan bertambah.

“Dalam tempoh 1 Januari 2012 hingga 12 Mac 2012, sejumlah 75 projek pembangunan tidak dapat diluluskan Syabas berikutan bekalan air yang tidak cukup untuk menampung keperluan permintaan sedia ada.

“Jika mereka (pemaju) mahu membuat pelan boleh, tetapi sekiranya mereka mahu mendapatkan bekalan air, saya tidak boleh jamin. jadi saya tidak mahu luluskan kawasan berkaitan yang tiada air setakat ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Hari Air Sedunia 2012, di Ibu Pejabat Syabas, di sini, semalam.

Rozali berkata, penyelesaian jangka panjang bagi isu tersebut adalah mendapatkan sumber baru menerusi Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (1130JLH - Fasa 1), namun jangkaan siap bagi projek tersebut masih belum dapat dipastikan.

Beliau dalam pada itu berkata, Kerajaan Negeri Selangor kini gagal membuat bayaran ganti rugi yang sehingga kini mencecah RM1.6 bilion.

Disebabkan itu katanya, Syabas tidak dapat membuat bayaran sepenuhnya kepada Puncak Niaga, Splash, dan Abbas.

“Bagaimanapun kita akan teruskan operasi walaupun dalam keadaan kewangan berkurangan dan Puncak Niaga sendiri sebagai syarikat pembekal air tidak dapat bayaran sepenuhnya, mereka tiap-tiap bulan menanggung subsidi jutaan ringgit untuk operasi air di Selangor,” katanya.

Bertepatan dengan tema Hari Air Sedunia 2012 iaitu ‘Air dan Jaminan Makanan’, Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd mengambil inisiatif melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari berlangsungnya sambutan.

Satu pameran besar-besaran turut dilakukan dan orang ramai juga berpeluang melawat loji rawatan air yang dibuka bersempena sambutan tersebut.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images