Isteri tak percaya Bales tembak mati 17 warga Afghan

Monday, March 26, 2012

Isteri tak percaya Bales tembak mati 17 warga Afghan


Isteri tak percaya Bales tembak mati 17 warga Afghan | WASHINGTON - Staf Sarjan Robert Bales, yang didakwa berhubung tuduhan membunuh 17 rakyat Afghan dan membakar sebahagian daripada mereka, seorang yang menyayangi kanak-kanak dan tidak mungkin melakukan pembunuhan sebagaimana didakwa, kata isterinya.

"Ia sesuatu yang saya tidak boleh percaya," kata Karilyn Bales mengulas tuduhan yang dikenakan ke atas Bales.

Bales berhadapan dengan 17 tuduhan membunuh 17 rakyat Afghan termasuk sembilan kanak-kanak 11 Mac lalu dan berhadapan dengan kemungkinan hukuman mati.

Dia juga berhadapan dengan enam tuduhan cubaan membunuh.

"Saya tidak ada tahu apa yang berlaku, tetapi tidak mungkin dia melakukannya - dia sayang kanak-kanak dan tidak mungkin bertindak begitu," kata Karilyn dalam temu bual bersama NBC News di Amerika Syarikat.

Laporan CNN menyebut sedutan temu bual disiarkan semalam manakala temu bual penuh dijangka ke udara hari ini.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images