Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut
Friday, March 30, 2012Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut | Sekali imbas, filem ini tidak banyak bezanya dengan karya filem seram komedi Ahmad Idham sebelum ini seperti Hantu Bonceng. Ini kerana ia mengetengahkan karya berbentuk seram komedi yang menggeletek perut.
Mengekalkan Zizan sebagai teraju utama, Jangan Pandang-Pandang membawa penonton melayari pengembaraan sekumpulan pelajar kolej yang ditugaskan mengkaji artifak di gua.
Namun dek kerana pelbagai isu yang pernah timbul dalam filem Hantu Bonceng sebelum ini, maka, Idham mengambil keputusan untuk membuang beberapa babak yang dirasakan akan dijadikan isu dan menggantikan ia dengan babak yang lebih sesuai.
Malah, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) juga terpaksa memotong 40 peratus adegan dalam Jangan Pandang-Pandang , kerana mereka tidak mahu sebarang kontroversi dicetuskan mana-mana pihak.
Tidak berselindung, Idham menyatakan rasa kecewa dan rajuknya apabila niatnya untuk membawa mesej kepada penonton disalah ertikan sekali gus, menampakkan Idham seolah-olah cuba mempersendakan agama Islam.
"Setiap kali saya menghasilkan karya, saya pasti menyelitkan mesej-mesej untuk difikirkan oleh remaja kini. Saya sesuaikan dengan persekitaran semasa yang kini dibanjiri oleh pelbagai gadjet canggih.
"Daripada mereka menyimpan lagu-lagu yang tidak bermanfaat di dalam telefon bimbit, atau gajet mereka, lebih baik mereka menyimpan ayat-ayat al-Quran. Namun ada pihak yang menuduh saya mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci dalam karya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana Jangan Pandang-Pandang di TGV 1Shamelin, kelmarin.
Tidak mahu untuk terus menimbulkan perkara-perkara yang dianggap kontroversi, Idham mengakui Jangan Pandang-Pandang adalah karya seram terakhirnya buat masa ini.
"Trauma dibuatnya apabila mengenangkan kembali isu filem Hantu Bonceng yang dikritik hebat gara-gara membabitkan ayat-ayat suci Al-Quran. Justeru itu, saya membuat keputusan Jangan Pandang-Pandang adalah karya seram saya yang terakhir.
"Namun, apabila isu agama dibangkitkan dalam Hantu Bonceng saya menyunting semula segalanya yang membabitkan ayat suci tersebut dalam Jangan Pandang-Pandang agar ia tidak menjadi isu kemudian hari," jelasnya.
Biarpun banyak babak terpaksa dipotong dan beberapa dialog terpaksa 'ditampal' agar tidak dijadikan isu, namun filem yang diterajui oleh Zizan Razak (Ajis), Sara Ali (Yaya), Miera Leyana (Marsha), (Ben) Nas-T dan Anith Aqilah (Diana) itu masih lagi menarik.
Apatah lagi, kehadiran Zizan yang tidak pernah mengecewakan menambahkan 'rasa' buat penonton mengikuti jalan cerita ini dari mula sehingga akhir.
Ditambah pula gandingan pertama kali Zizan dan Sara Ali, bagai memberi nafas baru buat gandingan pelakon di Malaysia.
Naratif penceritaan filem ini pula tidak sukar difahami. Seperti biasa, Idham bijak mengadun babak demi babak untuk disesuaikan dengan situasi jalan cerita.
Malah, dalam usahanya untuk 'menggeletek' penonton dengan lawak spontan dan keadaan semasa, Idham tidak lupa untuk menyelitkan mesej-mesej berguna kepada penonton. Antaranya tentang tanggungjawab seorang pemimpin, semangat setia kawan, jangan bersikap riak dan banyak lagi.
Filem terbitan Excellent Pictures ini, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan pelajar yang dikehendaki membuat kerja kursus di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu.
Kerja kursus yang sepatutnya menjadi masa yang singkat bertukar kepada satu pengembaraan yang tidak pernah dialami apabila bot yang dinaiki mereka, hilang tanpa dikesan.
Dalam perjalanan mencari jalan keluar, Ajis, Ben, Marsha, Yaya dan Diana ditangkap oleh satu kumpulan jahat yang menetap di pedalaman kawasan itu.
Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut
4 comment
2015-5-25 xiaozhengm
ReplyDeletepandora jewelry
cheap jordans
coach factory outlet
coach outlet
michael kors
tory burch shoes
coach outlet
soccer jerseys
christian louboutin sale
burberry scarf
michael kors handbags
kate spade outlet
cheap ray ban sunglasses
true religion jeans
kate spade handbags
michael kors outlet online
air max 95
burberry outlet
nike air max
oakley sunglasses
true religion
cheap oakley sunglasses
chanel outlet
michael kors bag
kate spade
oakley sunglasses
chanel online shop
chanel bags
michael kors handbags
ralph lauren uk
kate spade uk
toms shoes
true religion outlet
ray ban glasses
coach factory outlet
ralph lauren outlet
pandora charms
abercrombie outlet
ray ban sunglasses
20150617meiqing
ReplyDeletecoach outlet
michael kors watches
coach outlet store online
oakley sunglasses
louis vuitton outlet
coach outlet online
burberry outlet
tory burch outlet online
hollister kids
red timberland boots
adidas wings
discount christian louboutin
coach canada outlet
abercrombie
ray ban sunglasses outlet
gucci outlet
christian louboutin shoes
michael kors outlet
ralph lauren uk
ghd hair straighteners
timberland boots
michael kors handbags
michael kors outlet stores
burberry handbags
abercrombie
jordan 8 playoffs
jordan 13
coach outlet store online
cheap jerseys
coach factorty outlet
polo ralph lauren outlet, kate spade outlet, air max, uggs outlet, michael kors outlet, ray ban sunglasses, nike free, tiffany and co, gucci outlet, tiffany and co, louis vuitton handbags, replica watches, prada outlet, oakley sunglasses, jordan shoes, oakley sunglasses cheap, longchamp outlet, michael kors outlet, longchamp handbags, prada handbags, burberry outlet, louis vuitton outlet, burberry outlet, louboutin outlet, christian louboutin, michael kors outlet, rolex watches, louis vuitton outlet stores, ray ban sunglasses, nike shoes, air max, cheap uggs, oakley sunglasses, ugg boots clearance, longchamp handbags, tory burch outlet, louis vuitton outlet, louboutin, michael kors outlet online sale, ugg outlet, oakley sunglasses, uggs, louis vuitton, ray ban sunglasses, louboutin shoes, polo ralph lauren
ReplyDeleterolex watches, ugg, canada goose, thomas sabo, sac louis vuitton, moncler, pandora charms, marc jacobs, moncler, louis vuitton uk, swarovski crystal, barbour, canada goose outlet, abercrombie, louis vuitton, pandora jewelry, canada goose jackets, barbour, moncler, ugg, pandora charms, louis vuitton, links of london, converse shoes, juicy couture outlet, swarovski, moncler, wedding dresses, hollister, montre homme, moncler, canada goose, supra shoes, gucci, moncler outlet, ugg, toms shoes, juicy couture, moncler, ugg boots, canada goose, pandora jewelry, canada goose uk, karen millen, air max, ray ban, coach outlet store online, converse, canada goose, sac louis vuitton, ugg pas cher, vans, sac lancel, moncler
ReplyDeleteAssalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !