Bersih 3.0: MP PKR Tian Chua didakwa

Tuesday, May 15, 2012



Bersih 3.0: MP PKR Tian Chua didakwa
Anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang
Bersih 3.0: MP PKR Tian Chua didakwa? KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.
  
Tian Chua, 49, didakwa melanggar perintah yang dikeluarkan oleh DSP A. Rajakopal untuk beredar dari kawasan Pulapol itu yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan larangan 1975.
  
Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Nasional didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi, 29 April lepas.
  
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria menawarkan kepada mahkamah supaya Tian Chua diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Latheefa Koya yang mewakili anggota Parlimen itu membantah atas alasan jaminan tersebut adalah tinggi.
  
"Tiada alasan anak guam saya untuk tidak menghadirkan diri ke mahkamah kerana dia merupakan anggota Parlimen. Dia juga akan hadir ke mahkamah kerana masih menghadapi perbicaraan kes lain," kata Latheefa Koya.
  
Hakim Mahmud Abdullah membenarkan Tian Chua diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai ini untuk bicara - Bernama

You Might Also Like

1 comment

  1. Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
    Untuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar

    Ladies and gentlemen are in respect
    For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful

    为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化

    ReplyDelete

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images