DAP mahu pujuk Tunku Aziz kekal parti

Tuesday, May 15, 2012



Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
DAP mahu pujuk Tunku Aziz kekal parti? SHAH ALAM - DAP tidak mahu Naib Pengerusinya, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim keluar parti walaupun berbeza pendapat secara terbuka dengan pemimpin-pemimpin kanannya.
Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, beliau akan cuba mengadakan pertemuan dengan Tunku Abdul Aziz bagi membincangkan perkara tersebut dan meminta agar mengubah keputusannya.
Tunku Abdul Aziz mengumumkan pendiriannya malam tadi.
"Walaupun beliau telah berbeza pendapat secara terbuka, kami tidak ingin beliau meninggalkan parti dan sebaliknya ingin beliau terus menjadi Naib Pengerusi DAP.
"Saya harap kita boleh menyelesaikan apa-apa perbezaan pendapat secara dalaman dan dengan semangat kesetiakawanan.
"Saya akan menghubungi beliau untuk berjumpa dan berbincang dengannya atas harapan beliau akan bertukar fikiran dan tidak keluar dari parti," kata Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images