Butler ganti Mat Zan latih Terengganu

Tuesday, May 15, 2012


Peter Butler
Peter Butler
Butler ganti Mat Zan latih Terengganu? KUALA TERENGGANU - Peter Butler sah akan mengendalikan pasukan Terengganu menggantikan Mat Zan Mat Aris yang ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 31 Mei ini.
Bagaimanapun Butler dibenarkan melatih pasukan Terengganu bermula hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan bahawa Butler akan mengambil alih tugas itu
daripada Mat Zan mulai 1 Jun ini.
Ahmad berkata, bekas jurulatih Kelantan dan Persiba Balikpapan, Indonesia itu akan menggantikan Mat Zan yang akan menamatkan kontrak bersama Skuad Penyu pada tarikh tersebut.
"Saya berharap pasukan Terengganu akan berubah dan lebih cemerlang di bawah bimbingan jurulatih import itu," katanya di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mat Zan yang dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu bagi menggantikan Irfan Bakti musim ini, diarahkan bercuti rehat selama dua minggu selepas juara Piala FA 2011 itu tewas kepada Sime Darby pada aksi separuh akhir piala berkenaan.
Dalam pada itu, Ahmad berkata antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan prestasi Terengganu merosot sejak akhir-akhir ini ialah kerana pasukan itu terlibat dengan banyak kejohanan termasuk Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dipetik Bernama berkata, pihaknya akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada Mat Zan berikutan penamatan kontraknya itu.
Che Mat yang juga pengurus pasukan Terengganu berkata, kontrak Butler bersama skuad itu ialah sehingga November 2013 dan beliau akan mula melatih pasukan itu hari ini bagi menghadapi Sarawak di sini, malam esok.
"Butler dipilih kerana beliau pernah berkhidmat di negara ini selain beliau juga memahami bahasa Melayu bagi memudahkannya berkomunikasi dengan pemain," katanya bahawa PBSNT sebelum ini, menerima empat permohonan termasuk dari Korea Selatan untuk menjadi ketua jurulatih Skuad Penyu.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images