Aurel idam adik kembar

Tuesday, May 22, 2012


Aurel idam adik kembar
Anang Hermansyah (kiri) dan Ashanty (tengah) bersama anak Anang hasil
perkahwinannya dengan Kris Dayanti, Aurel.
Anang Hermansyah dan Ashanty telah sah bergelar suami isteri pada Sabtu lalu. Kegembiraan itu bukan sahaja dirasai pasangan pengantin baru, bahkan anak Anang hasil perkahwinannya dengan Kris Dayanti, Aurel.

Malah, Aurel yang ditemui selepas majlis pernikahan bapanya itu mengakui sangat gembira kerana Ashanty kini telah sah bergelar bondanya.

"Saya senang melihat pipi (ayah) tersenyum bahagia di samping bonda. Doa saya semoga perkahwinan ini kekal hingga ke anak cucu.

"Lebih gembira kerana mak cik (Ashanty) sudah boleh dipanggil bonda. Selepas ini ke mana sahaja boleh bersama bonda.

"Paling penting, saya berharap mempunyai adik kembar selepas ini. Dua lelaki dan dua perempuan, tentu seronok mempunyai adik yang ramai," katanya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images