Sisi pemurah Taylor Swift

Tuesday, May 22, 2012


Taylor Swift
Taylor Swift
Bukan saja memiliki perwatakan menarik dan terkenal di seluruh dunia, malah Taylor Swift seorang yang pemurah.

Baru-baru ini, pelantun lagu Love Story itu telah menderma RM12 juta kepada Country Music Hall of Fame and Museum.

Ia bagi membolehkan sebuah pusat pendidikan seluas 7,500 kaki persegi yang menggunakan namanya sendiri dibina dan dijangka siap pada 2014.

Setakat ini, Swift adalah penyumbang terbesar kepada muzium dalam kalangan artis dan pihak muzium sangat menghargainya.

Pusat pendidikan dua tingkat itu akan memiliki pelbagai kemudahan seperti tiga bilik darjah, bilik pameran, zoo dan sebuah bilik khas untuk melakukan pelbagai projek.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images