Gambar bayi Jessica Simpson RM4 juta

Tuesday, May 15, 2012



Jessica Simpson
Jessica Simpson
Gambar bayi Jessica Simpson RM4 juta? Baru sahaja bergelar ibu, aktres jelita, Jessica Simpson menerima ‘durian runtuh’ apabila majalah terbesar Amerika, People Magazine, membeli foto eksklusif bayinya, Maxwell Drew Johnson.

Menerima bayaran lumayan sebanyak, RM2.5 juta, Jessica dan tunangnya, Eric Johnson, mampu tersenyum dengan nilai itu.

Namun, sumber memberitahu bahawa nilai itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan harga yang pernah diterima, Jennifer Lopez dan Angelina Jolie untuk gambar bayi mereka.

Setelah pelbagai spekulasi diterima, Jessica mula tampil untuk berbincang mengenai harga gambar anaknya.

“Jika difikirkan, memang nilai itu tidak setimpal berbanding dengan gambar anak selebriti lain. Jadi, saya akan berbincang dengan pihak majalah untuk meletakkan harga RM4 juta untuk gambar bayi saya,” katanya.

Jennifer Lopez menerima RM6 juta untuk foto bayinya, Max dan Emme, manakala Angelina Jolie menerima RM11 juta untuk foto bayi kembarnya.

Namun, bukan semua selebriti sanggup menjual gambar anaknya, ada juga yang bermati-matian menolak tawaran media seperti Beyonce Knowles dan Aishwarya Rai.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images