Yasmin Hani Ingin Mengandung Hujung Tahun
Tuesday, May 15, 2012
Yasmin Hani Ingin Mengandung Hujung Tahun? PETALING JAYA: Pelakon Yasmin Hani yang mengaku telah merancang kehamilan selepas mendirikan rumah tangga tetapi akhirnya berhasrat untuk mengandung pada hujung tahun ini.
Yasmin berkata, buat masa ini dia dan suaminya, Shahrin Razali sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dan mereka telah bersetuju menyekat hasrat untuk memiliki anak buat masa ini.
"Saya memang merancang kehamilan kerana jadual kerjaya saya dan suami yang agak padat buat masa ini tetapi Insya-Allah hujung tahun ini baru semua perkara selesai dan boleh fokus kepada keluarga dan memiliki anak," katanya.
Shahrin dan Yasmin sah bergelar suami isteri pada 21 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, Yasmin berkata, dia kini semakin bahagia bergelar isteri kepada pemain dram bekas kumpulan Black Rose.
Sementara itu, Yasmin berkata, antara sebab lain dia belum bersedia untuk mengandung kerana bakal menyertai sebuah program realiti yang memerlukan komitmennya.
Ujar Yasmin, program realiti itu memerlukan dirinya bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti mencabar.
"Bayangkan kalau saya mengandung nanti, takut jadi perkara yang tidak diingini pula dan lebih baik saya fokus kepada program itu dahulu sebelum mengandung," katanya.
0 comment
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !