Awal-Scha harap hubungan berkekalan

Monday, May 07, 2012


Awal-Scha
Awal-Scha
Awal-Scha
Awal-Scha
Awal-Scha harap hubungan berkekalan | Tarikh 4 Mei 2012 pastinya melakarkan momen paling indah buat pasangan bahagia, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang akhirnya sah disatukan sebagai suami isteri setelah hampir tiga tahun menyulam cinta. Seri kebahagiaan jelas terpancar di wajah kedua-dua mempelai sebaik sahaja majlis akad nikah berjalan dengan hanya sekali lafaz diucapkan oleh pengantin lelaki.

Biarpun pada mulanya pemilik nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari,31, kelihatan sedikit gusar sebelum melafazkan akad secara rasminya, namun perasaan tersebut dapat dikikis apabila memikirkan hubungan suci yang ingin dibina bersama gadis yang diminati sejak empat tahun dulu. Tepat jam 9.15 malam, berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir Syed Kecik Al Yahya, akhirnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, sah menjadi suri hidup Awal. Mengakui rasa gementar, Awal bagaimanapun bersyukur apabila impiannya untuk memiliki gadis idaman sudah tercapai.

“Sudah lapan tahun saya mengacara banyak majlis-majlis besar dan tidak pernah rasa gugup seperti ini, namun apabila melangkah sahaja ke dalam dewan perasaan tersebut berbeza. “Jika sebelum ini ramai rakan-rakan saya yang cakap rasa menggigil sewaktu akad nikah, kini saya sendiri yang mengalaminya. Sukar untuk menggambarkan perasaan tersebut,” katanya yang mengenakan busana baju songket berwarna hijau rekaan Rizman Ruzaini untuk majlis
berinai.

Sementara Scha berkata, apabila memikirkan hari bahagianya itu, dia tidak mahu sebarang perasaan mengganggu perjalanan hari tersebut. “Mungkin ramai yang lihat saya relaks kerana saya sudah terapkan mood gembira sejak di
dalam bilik lagi dan dalam masa sama bukan saya yang akan melafazkan akad,” katanya.

Pun begitu, kedua-duanya dilihat kegembiraan sebaik sahaja bersalaman dengan ibu bapa dan mertua mereka. “Saya bukanlah lelaki yang mudah mengalirkan air mata, tetapi apabila memikirkan perjalanan majlis kami yang
kelihatan mudah, Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana Allah bukakan jalan yang lebih baik untuk kami.

“Selepas ini saya perlu memikirkan tanggungjawab yang akan saya pikul bergelar suami kepada Scha. Saya bersyukur dikurniakan wanita sebaik Scha menjadi suri hidup saya. Scha menyempurnakan kekurangan yang ada pada saya,” katanya lagi.

Ingi n contohi Vanid a-Rashid
BIARPUN ramai yang lihat perwatakan mereka berbeza, namun pasangan ini sendiri menganggapnya sebagai satu kelebihan untuk mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

“Saya begitu mengagumi hubungan Vanida Imran dan Rashidi Ishak. Insya-Allah perkara ini tidak akan menjadi masalah buat kami nanti” katanya. Melihat Awal sebagai seorang yang penyabar, wanita berasal dari Sungai Petani, Kedah ini berkata, antara karakter Awal yang membuatkannya tertarik adalah sikap lelaki itu yang pandai menjaga keluarganya.

“Emak saya berpesan jika hendak tahu bagaimana seorang lelaki boleh memimpin keluarga atau tidak lihatlah cara dia menjaga keluarganya. “Jika selalunya orang akan kata lelaki yang akan mengetuai keluarga, namun kami akan bersama-sama menjadi nakhoda untuk kapal yang kami bina ini,” katanya sambil diakui oleh Awal.

Sementara itu, Awal melihat Scha sebagai wanita yang begitu pegang pada janji, penyayang dan romantik. “Mungkin secara luaran orang lihat Scha kasar, tetapi selama lebih dua tahun kami berkawan, Scha yang saya kenal adalah seorang yang sensitif, penyayang dan romantik.

“Apa yang boleh saya katakan adalah Scha yang orang lain kenal tidak sama dengan Scha yang saya kenal,” ujarnya.

Sedia timang anak 

BEKAS pengacara Mari Menari ini juga mengimpikan hubungan yang dibina diserikan dengan kehadiran cahaya mata.

Kedua-dua mempelai ini tidak menolak sekiranya menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam masa terdekat. “Kami tidak mahu merancang  memandangkan masing-masing pun bukanlah muda lagi. Sekiranya ada rezeki  kami terima,” kata Awal sambil diakui oleh Scha.

Mengulas mengenai lokasi berbulan madu, kedua-duanya sepakat memilih New York. “Insya-Allah kami akan bercuti di sana dalam sembilan hari kerana terikat dengan jadual Awal yang perlu berada di Kuala Lumpur pada 18 Mei ini,” katanya.


Mohon maaf kepada peminat

UMUM mengetahui majlis akad nikah pasangan ini mendapat liputan siaran langsung daripada pihak Astro.

Namun, siaran langsung yang sepatutnya ditayangkan bermula jam 9 malam kelmarin tidak menjadi kerana masalah teknikal. Memohon maaf kepada peminat atas kekurangan tersebut, Awal mahupun Scha tidak meletakkan kesalahan tersebut kepada pihak Astro.

Kami tidak menyalahkan Astro kerana tahu masalah tersebut tentunya tidak dapat dielakkan,” kata pasangan ini. 

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images