Bintang Popular ABPBH

Saturday, April 02, 2011

dalam kesibukan mencari ruang untuk berblog . yea .. 

oke . minggu nie memang busy . sangat busy . banyak sangat assignment , quiz , tutorial , lab report kena hantar besok . tension . 

yea . so nak hilangkan bosan dengan buka blog . blogwalking . yea  

oke . tapi bukan nak cerita pasal semua tue . nak cerita tentang tajuk kita kat atas .. 

BINGTANG POPULAR ABPBH

korang taw kan besok yea . so . mai kita godek sikit2 yea. . 

so nie berita dia . :)


MALAM esok, puncak Genting akan sekali bergemerlapan dengan kemunculan ramai bintang terkenal tanah air apabila mereka memeriahkan acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, yang dijadualkan berlangsung jam 9 malam di Arena of Stars.

Debaran di dada calon akhir tentunya sukar dibendung lagi ketika ini, hanya sehari saja lagi sebelum keputusan 16 kategori yang dipertandingkan diumumkan. Debaran di dada peminat juga pastinya sama kencang, tatkala menanti keputusan siapakah yang bakal membawa pulang trofi Bintang Paling Popular, selepas Datuk Siti Nurhaliza merampas kembali trofi idaman ramai berkenaan pada edisi ke-23 ABPBH tahun lalu.
Namun begitu, penganjur tentu saja tidak membiarkan finalis dan peminat keresahan sepanjang acara yang dijangka berlangsung selama dua jam setengah itu. Justeru, seperti mana biasa, segmen persembahan yang pastinya memikat hati penonton di arena mahupun di rumah disediakan khas buat anda semua. 

Sudah pasti ramai peminat penyanyi nombor satu negara, Siti, tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan berbeza daripadanya. Difahamkan, Siti bakal tampil di pentas dengan gaya persembahan yang tidak pernah disaksikan peminat dalam mana-mana pertunjukan sebelum ini. Untuk mengetahui corak persembahan Siti pada kali ini, jangan ketinggalan memeriahkan acara kemuncak di Genting, esok. 

Bagi peminat yang lebih selesa menyaksikannya di rumah bersama keluarga, ikuti saja siaran langsung menerusi saluran TV3 dan Hot FM. 

Selain Siti, tidak ketinggalan menghangatkan segmen persembahan tahun ini ialah gandingan dua bintang muda, Alyah, serta juara Bintang Idola Berita Harian tahun lalu, Shima, yang akan mendendangkan rangkaian lagu popular Ella. Pastinya hangat! 
Tidak lupa diundang menyerikan pentas persembahan ialah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2009, Yuna, dan kumpulan Hujan. 

Calon Penyanyi Lelaki Popular, Anuar Zain, pula dijangka membuai perasaan penonton dengan alunan merdu Sedetik Lebih, lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa yang ketika ini ligat ditayangkan di pawagam seluruh negara. 

Usah lupa juga saksikan persembahan istimewa gabungan orang lama dan baru, Sohaimi Mior, Ana Raffali Hassan dan Altimet, serta gandingan Ning Baizura, Farhan, Adira dan Lan Typewriter. Kemunculan mereka pastinya membuatkan peminat tidak senang duduk, kerana ingin bergoyang sama. 

Jika anda belum berpuas hati, apa kata tunggu saja kemunculan menggegarkan lima jejaka Raja Lawak, Nabil, Along, Angah, Johan dan Zizan dalam persembahan yang tentu saja membuatkan peminat terpesona, ataupun ternganga! Mereka juga ialah finalis kategori Artis Komedi Lelaki Popular. 

Semua itu dan banyak lagi akan dapat anda saksikan apabila menonton acara kemuncak ABPBH 2010 dari Arena of Stars, esok. Jangan lupa ikuti siaran langsung bersama TV3 dan Hot FM, Ahad ini, 3 April, jam 9 malam.

oke . jum kita ramai2 saksikan ok . xmo tengok dengar pown boleh dekat Hot FM . hehe .. 


You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images