PM lancar program bantuan kepada nelayan Sabtu ini

Wednesday, January 18, 2012

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan program bantuan untuk nelayan 'Ihsan Samudera' pada Sabtu ini, di Kampung Tanjung Lumpur dekat sini. 

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat, berkata program itu memberi manfaat bukan saja kepada nelayan di seluruh negara tetapi juga keluarga mereka.

"Nelayan akan menerima bantuan berupa enjin bot, pukat, bubu, jaket keselamatan dan Sistem Kedudukan Global (GPS) manakala anak-anak mereka pula akan menerima bantuan pakaian sekolah, bakul makanan dan basikal," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Wan Adnan berkata, dianggar 5,000 nelayan hadir pada majlis itu. 

"Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan bantuan khas kepada nelayan yang botnya terbakar dan yang pernah diserang ikan jerung pada 1993 selepas," katanya. 

Beliau berkata, pada masa ini terdapat lebih 7,400 nelayan berdaftar di Pahang dengan 70 peratus berada di Kuantan, sementara baki di beberapa daerah lain termasuk Pekan dan Rompin. 

Program yang dijangka dihadiri 20,000 pengunjung itu turut menyediakan aktiviti sampingan termasuk pemeriksaan kesihatan oleh 40 doktor pakar dari Institut Jantung Negara, Hospital Ampang Puteri dan Hospital Sungai Buloh. 
Sementara itu, Wan Adnan berkata, beliau juga akan menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 1,600 penerima. - BERNAMA 

You Might Also Like

3 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images