Bujang Terlajak : Pelakon Utama Jadi Penyelamat

Thursday, January 19, 2012

FILEM terbaru arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen, Bujang Terlajak Belum Terlanjur, bagai sudah boleh dijangkakan jalan ceritanya. Dihasilkan agak ringkas, ia muncul sebuah judul untuk hiburan seisi keluarga semata-mata.
Gandingan tiga pelawak, Saiful Apek, Johan dan Nabil, dianggap pencetus huru-hara dalam filem ini. Begitupun, telatah dan gelagat mereka belum cukup kuat untuk meyakinkan penonton.
Bahkan, jika dilihat dari segi lawak jenaka ketiga-tiga pelakon komedi ini, ia dirasakan tidak mencapai tahap maksimum.

Nasib baik gandingan mereka bersama Nur Fazura bertindak sebagai penyelamat, apabila plot penceritaannya agak hambar serta terlalu ringkas untuk dihayati.

Filem dalam genre komedi yang menyuntik elemen kekeluargaan dan percintaan ini juga tidak meninggalkan sebarang impak kepada penonton, apatah lagi dengan mesejnya yang kurang jelas.

Walaupun skripnya dilihat agak kosong, tetapi kemunculan empat pelakon terbabit sedikit sebanyak mampu menjadi tarikan dan menyelamatkan garapan Razak kali ini. Setidak-tidaknya mereka mampu juga untuk menghiburkan audien.
Filem bernilai RM1.5 juta ini mengisahkan tiga sahabat, Saiful, Nabil dan Johan, yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri, lakonan Fazura.

Ketika menjalani rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka yang juga ahli silap mata profesional, tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk komersial terbabit.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia wanita itu daripada bapanya yang cacat penglihatan, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Mengetahui Puteri ingin bersuamikan lelaki kurang upaya seperti bapanya, ketiga-tiga mereka menyamar menjadi lelaki pekak, bisu dan buta.

Pelbagai helah digunakan mereka untuk menambat hati wanita cantik ini, termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain sehinggalah helah mereka terbongkar.

Walaupun jalan ceritanya ringkas dan ringan, namun Bujang Terlajak Belum Terlanjur tetap mempunyai kelainan apabila ceritanya diakhiri dengan dua penamat.

Fazura sesuai watak Puteri

MENURUT Razak, penamat filem itu sengaja direka sedemikian bagi mencetuskan kelainan berbanding filemnya sebelum ini, di samping memberi kesan kepada penonton.

“Jika kita lihat filem Melayu sebelum ini, penamatnya setakat apa yang ditayangkan. Bagi filem ini, kita inginkan kelainan yang akan membuatkan penonton menunggu sehingga ke akhir cerita.

“Pada mulanya kita akan lihat ketiga-tiga mereka tidak dipilih Puteri, tetapi sebaliknya penamat yang sebenar akan menentukan siapa pilihan wanita terbabit,” katanya.

Mengenai pemilihan empat pelakon berkenaan pula, kata pengarah ini, ia dibuat kerana dia berasakan mereka mempunyai keserasian yang akan mencetuskan hilai tawa penonton.

Fazura sendiri dirasakan pilihan yang amat tepat untuk digandingkan dengan Nabil, Johan dan Apek kerana pelakon berbakat itu mempunyai karakter tersendiri dalam membawakan watak Puteri.

“Dia (Puteri) seorang yang lemah lembut dan sopan, jadi peranan terbabit cukup sesuai dengan Fazura," katanya sambil memberitahu, dia sengaja memaparkan watak yang ringkas kerana filem terbabit dihasilkan untuk semua lapisan penonton.

Walaupun filem yang akan mula ditayangkan di 75 pawagam bermula hari ini belum ditentukan nasibnya oleh penonton, penerbitnya, Latiff Mohaideen, sudah membayangkan untuk menghasilkan filem susulannya pula selepas ini.

“Apabila dilihat pada keserasian ketiga-tiganya, kami berasakan mereka sesuai untuk digandingkan semula, mungkin untuk sekuel filem ini ataupun dalam filem lain,” katanya.

You Might Also Like

2 comment

  1. I havent watch this yet,and I dont feel like I want to,Because when it comes to Comedy I can only think about zizan..dan dia tdak ada dlm movie ni..Tapi I do like Fazura..then I feel like watching this somehow..see,dia memang penyelamat..:D

    ReplyDelete

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images