Shahrizal Jaszle bakal berkahwin?

Wednesday, June 20, 2012


Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri
Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri
Shahrizal Jaszle
Shahrizal Jaszle
Biarpun beberapa kali melalui episod kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikit pun menjadi noktah buat aktor, Shahrizal Jaszle, 24, mencari teman hidupnya.
Kini, pencarian itu bagai telah tiba ke penghujungnya, setelah seorang gadis istimewa, yang juga kenalan lamanya telah berjaya menawan, bukan sahaja hatinya, bahkan hati seluruh keluarganya.
Tidak menunggu lama, Shahrizal secara bersahaja memaklumkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini menerusi laman Instagram miliknya.
"Insya-Allah, 15 Julai ini, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk merisik. Setakat ini, itu sahaja perancangan yang telah kami buat.

"Saya sudah mengenalinya sejak setahun lalu dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa. Namun, ketika saya sedang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat.
"Istimewanya, dia bukan sahaja berjaya menambat hati saya, malah keluarga saya juga sangat menyukai dia. Keluarga kami merestui hubungan ini dan mereka juga yang cadangkan supaya hubungan kami ini diikatkan," katanya.
Bagaimanapun, Shahrizal berkata, perancangan selanjutnya masih belum dilakukan memandangkan Redzwani masih lagi belajar.
"Saya mahu kumpul duit terlebih dahulu.  Lagi pun, dia akan tamat pengajian dua tahun lagi. Apa yang pasti, kami tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shahrizal baru sahaja tamat dengan sesi penggambaran drama berjudul Fenomena Cinta arahan Liza Ismail.

You Might Also Like

10 comment

  1. Semoga ke jinjang pelamin hendaknya dan bahagia ke akhir hayat..

    Supian Mustapa Menulis Tentang: Antara Kad Kahwin Kreatif terhangat di Malaysia.

    ReplyDelete

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images