Hodgson dalam dilema

Monday, June 11, 2012


WELBECK memiliki keistimewaan tersendiri.



KRAKOW, Poland – Jurulatih England, Roy Hodgson secara terbuka mengakui berada dalam dilema ketika ini.
Semuanya gara-gara beliau masih belum dapat membuat keputusan mengenai siapa yang bakal mengemudi jentera serangan The Three Lions ketika menentang Perancis dalam aksi pembuka tirai Kumpulan D Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Donbass Arena, Donetsk, Ukraine tengah malam ini.
Ketika ini, penyerang Manchester United, Danny Welbeck dan peledak berbisa Liverpool, Andy Carroll dilihat bakal digandingkan dengan Ashley Young gara-gara ketiadaan Wayne Rooney yang menjalani penggantungan dua perlawanan.
“Sejujurnya, saya masih belum buat keputusan.
“Posisi lain tiada masalah. Cuma, saya masih belum membuat pilihan sama ada bakal menurunkan Welbeck ataupun Carroll,” kata Hodgson.
Ketika ini, Welbeck dilihat memiliki kelebihan berbanding Carroll terutamanya ketika meledak gol tunggal semasa aksi pemanas badan menentang Belgium awal bulan lalu.
Namun, kredibiliti Carroll juga tidak kurang hebat terutamanya dengan kemampuan melakukan hantaran menarik yang berjaya disempurnakan Young semasa menewaskan Norway 1-0 baru-baru ini.
Ketika ditanya mengenai peluang Welbeck yang dilihat lebih sesuai dengan corak permainan pantas England, Hodgson menjelaskan: “Terpulang bagaimana cara permainan kami nanti.
“Kamu tidak boleh membandingkan kedua-dua pemain tersebut kerana Welbeck dan Carroll ialah dua pemain yang berbeza.
“Kedua-duanya memiliki kualiti tersendiri dan saya menyukai mereka berdua.
“Jadi kita tunggu dan lihat siapa yang bakal diturunkan,” katanya. – AFP

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images