Penantian Dua Tahun Baby Shima Berbaloi

Wednesday, June 06, 2012


Baby Shima.
PETALING JAYA: Penyanyi baru, Baby Shima menjelaskan tidak menyesal kerana terpaksa menunggu selama dua tahun untuk muncul dengan single pertama selepas bergelar juara pertandingan Bintang Idola Berita Harian pada 2010.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 21, berkata, penantiannya itu berbaloi apabila berjaya mendapatkan khidmat komposer terkenal Edry Abdu Halil yang sudi mencipta lagu Tak Sabar untuknya.
"Saya cukup bertuah dapat bekerjasama dengan Edry kerana lagu ciptaannya yang magis dan sering mendapat perhatian pendengar.
"Apabila berpeluang bekerjasama dengannya penantian selama empat tahun sebelum ini dirasakan cukup berbaloi," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Baby Shima, sepanjang tempoh menunggu itu dia menyedari bahawa dunia hiburan ini bukanlah sekadar populariti semata-mata sebaliknya ia perlu disertakan dengan usaha dan kerja keras.
"Tiada jalan mudah dalam apa juga yang kita lakukan jika tidak disertakan dengan usaha dalam menggenggam sesuatu," ujarnya.
Dalam pada itu, Baby Shima memberitahu, dia telah mengambil seorang pembantu peribadi bagi memudahkan kerjaya seninya supaya dapat berjalan lancar.
Menurutnya kehadiran pembantu itu telah banyak mengubah landskap kerjayanya selain turut dibantu oleh pihak pengurusan iaitu AiCO Empire Group milik Adam (AF).
"Walaupun masih baru tetapi saya merasakan kehadiran pembantu peribadi itu cukup membantu tambahan pula saya masih baru dan tidak tahu selok-belok dunia hiburan," katanya.
Sementara itu, Baby Shima memberitahu dia dijangka akan muncul dengan album penuh selewat-lewatnya penghujung tahun ini dan berharap kerjaya nyanyiannya selepas itu akan lebih mekar dan dapat diterima ramai.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images