­

Emelda Rosmila belum mengalah!

Wednesday, June 20, 2012


Emelda Rosmila
Emelda Rosmila
Emelda
Emelda bersama pengarah dan barisan pelakon drama bersiri, Waris.
Suatu ketika dahulu, nama pelakon, Emelda Rosmila sering menjadi topik perbualan hangat, tatkala lakonannya dalam sebuah drama berjudul Manjalara berjaya menarik minat penonton tempatan.

Kesinambungan daripada kejayaan itu, Emelda sering mendapat perhatian daripada akhbar dan majalah hiburan tempatan terhadap perkembangan kariernya dalam industri.
Namun, situasi itu mula berubah semenjak dia menamatkan zaman bujang bersama pelakon, pengacara, Adlin Aman Ramlie.
Akui pelakon berusia 32 tahun ini, dia tidak lagi diberi ruang seperti sebelum ini.
"Bagi saya, publisiti agak penting buat seseorang artis untuk terus kekal dalam industri ini. Mungkin kerana status saya sudah berubah dan sebab itulah tidak ada lagi publisiti seperti dulu. "Sebelum berkahwin, ramai wartawan menghubungi untuk mengetahui perkembangan semasa saya dalam industri tetapi semuanya terhenti apabila saya sudah bergelar isteri," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Waris.
Bagaimanapun, Emelda mengatakan dirinya tidak pernah menyalahkan manamana pihak, malah menerima hakikat bahawa perjalanan anak seni pasti ada pasang surutnya.

Emelda yang turut mengakui dirinya lebih senang dengan kehidupan yang tidak terlalu menonjol, mengharapkan bakat dan kebolehannya dalam industri lakonan akan sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat.
"Saya mahu masyarakat tahu tentang pencapaian karier saya dan bukannya kisah peribadi yang tidak begitu penting untuk mereka tahu.
"Kalau popular hanya kerana kontroversi, ia tidak akan memberi manfaat berbanding dikenali dengan bakat yang sememangnya beri kepuasan buat diri saya," katanya.
Sibuk dengan pengajian
Berkongsi mengenai kehidupannya kini, Emelda berkata, dia sedang sibuk menjalani pengajian jarak jauhnya dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menurut Emelda, rezeki untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi hanya tercapai setelah dirinya berumah tangga.
"Pengajian saya masih berbaki setahun lagi dan saya sangat teruja dapat menyambung pengajian. Saya turut menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi jika ada rezeki," ujarnya.
Walaupun sibuk menjalani pengajian, ia tidak menghalang anak jati Kuala Lumpur ini untuk meneruskan karier seninya dalam bidang lakonan.
Emelda yang membintangi drama bersiri Waris arahan Khabir Bhatia yang sedang ditayangkan di kaca televisyen, kini sedang sibuk menjalani latihan teater, Primadona...Perahu Mimpi yang bakal berlangsung pada 26 Jun ini.
"Selain itu, saya juga sedang sibuk dengan sesi penggambaran untuk telefilem Ramadhan.
"Pada masa yang sama, saya diberi tawaran menjadi pengacara dalam program I-Cipta Biz di saluran RTM," katanya.
Sering bersama suami

Walaupun sibuk dengan jadualnya sebagai pelakon dan pelajar, Emelda sering dilihat bersama suaminya, Adlin Aman Ramli ketika menghadiri mana-mana majlis rasmi dan sebagainya.
"Adlin sering meminta saya untuk menemaninya ke mana jua dia pergi kerana dia mahu lebih bersemangat.
"Jika ada masa, saya akan menemaninya begitu juga dengan Adlin, yang sentiasa menemani saya ke mana jua saya pergi," katanya.
Namun, apabila ditanya soal cahaya mata, Emelda enggan mengulas dengan lebih lanjut, termasuk enggan berbicara mengenai anak angkatnya.

You Might Also Like

2 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images