Gambar Pernikahan Nurul dan Eric Depp

Wednesday, June 06, 2012


Eric menyarungkan cincin di jari manis Nurul selepas majlis akad nikah mereka di Duchess Place, Jalan Ampang di sini, Rabu. Turut kelihatan anak Nurul, Ayu Nazirah (tengah). - Foto oleh LIM CHENG KIAT
KUALA LUMPUR: Penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.
Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.
Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000).
Nurul yang ditemui berkata dia agak beremosi ketika membuat ucapan perkahwinan kerana terharu dengan kelancaran majlis tersebut.
Nurul memperagakan gaun putih rekaan Rizman Ruzaini manakala Eric segak dengan sut Bon Zainal.
"Tidak mudah untuk melaksanakan majlis ini. Banyak cabaran dan kesulitan yang perlu saya hadapi sebelum ini.
"Saya menjadi sebak apabila dapat menghimpunkan teman-teman rapat dan keluarga dalam sebuah majlis yang lancar pada hari ini," katanya.
Suaminya Eric pula berkata dia berasa teruja dengan majlis perkahwinan itu dan menyifatkan ia sebagai hari terbaik di dalam hidupnya setakat ini.
"Ini adalah hari yang indah dan terbaik di dalam hidup saya setakat ini. Saya teruja untuk hidup bersama dengan Nurul.
"Kita dapat lihat kegembiraan dan emosi di kalangan ibu bapa saya, keluarga dan isteri saya sendiri," katanya.
Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.
Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.
Nurul dan Eric memotong kek perkahwinan mereka.
Pada majlis berkenaan, Nurul tampil anggun mengenakan gaun berona putih rekaan Rizman Ruzaini dan Eric pula segak mengenakan sut rekaan Bon Zainal. Kedua-dua mempelai dirias jurusolek Deq Sha.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah Zahida Rafik, Ning Baizura, Amy Mastura dan suami, guru vokal Siti Hajar dan pelakon Jehan Miskin.
Majlis diacarakan oleh pelawak dan penyanyi Eida Moin dan penulis lirik Shah Shamshiri.
Pasangan ini bertemu buat pertama kali pada September 2010 di dalam satu majlis di mana perkenalan mereka diaturkan oleh aktres Zahida Rafik yang juga teman rapat Nurul.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat pasangan ini.
Sebelum ini, Nurul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Mohd Faizal Maas (Ajai) pada 25 Disember 1996.
Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan Ayu Nazirah.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images