Johan As'ari Bersama Siti Saleha Bercinta? Johan Bersedia Dikaitkan

Monday, June 11, 2012


Johan dan Siti Saleha bergandingan dalam filem Pencinta. Foto ONG SOON HIN
KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari, 26, bersedia jika digosipkan dengan gandingannya dalam filem Pencinta, Siti Saleha, seperti kontroversi sebelum ini yang mengaitkan dia dengan beberapa pelakon wanita menerusi drama dibintanginya.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu kerana percaya khabar angin akan hilang dengan sendiri jika ianya tidak benar seperti yang didakwa.
"Memandangkan sebelum ini saya sering digosipkan bercinta dengan pelakon=pelakon wanita yang berganding dengan saya, maka saya juga sudah bersedia untuk dikaitkan dengan Saleha.
"Saya tidak boleh menolak persepsi orang yang akan berkata macam-macam walaupun sudah diberikan penjelasan.
"Dan gosip-gosip cinta seperti ini akan lenyap dengan sendiri jika apa yang perkatakan itu tidak benar," katanya yang sedang menjalani penggambaran Pencinta, arahan Khir Rahman.
Selain bakat lakonannya yang hebat dalam drama Juvana pada tahun lalu, namanya mula diperkatakan apabila dia tidak mengaku mempunyai hubungan cinta dengan Izreen Asminda, yang juga merupakan pelakon siri berkenaan.
Kemudian dia turut dikaitkan dengan heroinnya dalam drama Cinta Elysa, Fasha Sandha dan Nabila Huda menerusi drama Pelangi Kasih. Bagaimanapun, Johan menepis kesemua gosip berkenaan.
Mengakui gosip yang mengaitkan Johan dengan pelakon-pelakon wanita sedikit sebanyak mempengaruhi popularitinya, dia berharap, populariti yang terlalu cepat diraihnya itu tidak mudah jatuh, seperti yang dialami oleh beberapa artis lain.
"Alhamdulillah, dalam masa setahun sahaja saya dikenali ramai. Semua ini keranaJuvana dan sedikit sebanyak gosip yang melanda juga mempengaruhi populariti tersebut.
"Walaupun orang sering berkata seseorang artis itu mudah tersungkur jika terlalu cepat popular, saya harap ia tidak berlaku kepada diri sendiri.
"Kalau boleh saya ingin menjadi orang popular kerana menjadi yang terbaik. Saya percaya, jika bekerja dengan ikhlas dan selalui ingat Tuhan, InsyaAllah, karier kita akan berjalan dengan lancar," tuturnya.

You Might Also Like

2 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images