Anwar Sedia Di Penjara Sekali Lagi

Sunday, January 08, 2012

Assalamualaikum . .



Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telahpun bersedia untuk menghadapi kemungkinan paling buruk berhubung keputusan perbicaraan kes Liwat II di mahkamah esok.Beliau juga telah meneliti setiap kemungkinan itu dengan terperinci dan telah bersedia secara psikologi untuk kembali ke penjara, kata Anwar dalam satu wawancara eksklusif denganMalaysiakini.Ada orang yang menganggap beliau “gila” kerana sanggup berbuat demikian, kata Anwar yang kini sudahpun berusia 64 tahun.Anwar berkata beliau bagaimanapun tidak ingin menjadi hero dengan bersedia untuk dipenjarakan, seperti pendapat sesetengah orang.Melihat kepada perjalanan perbicaraan kes berkenaan kali ini, Anwar bagaimanapun tetap menaruh harapan supaya keputusan memihak kepadanya.Ditanya sama ada rakyat masih percaya bahawa tuduhan ke atasnya merupakan satu rekaan, Anwar berkata beliau menerima sokongan yang baik sejak 2008 lagi.

sumber: malaysiakini.com

You Might Also Like

2 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images