­

Life goes on

Thursday, November 10, 2011

Assalamualaikum .. .  


Entry ter-publish oleh si Sepet :) 
 


hi semua . . uke update sikit hari ini sebab lama dah tak update . . tentu ramai yang tunggu entry baru kan . . *perasan sikit . . uke tajuk entry macam orang putus cinta atau putus asa saja kan . . betul tak . .sebab apa . . mari nak cerita . . 


ceriteranya bermula . . haha . . actually biar aku cerita perkembangan kesihatan aku sejak kemalangan hari  itu . . Alhamdullilah aku semakin sihat dan kaki kanan aku yang patah itu dah semakin kuat . . cuma aku masih belum boleh berjalan lagi ..  kalau nak ikutkan hati ini nak saja aku cuba untuk berjalan tetapi disebabkan apa yang di nasihatkan oleh doktor bahawa aku tidak boleh cuba berjalan atau memberi tekanan pada kaki aku di sebabkan aku patah dua tempat dan agar teruk la . . hurm . . untuk tangan aku pula masih lagi seperti dulu , masih tak boleh bergerak dan tak rasa apa-apa . . itu yang agak sedih sikit . . sebab itu tajuk macam tu . . apa-apa pun life must go on . . tentang tangan aku tu aku perlu tunggu temujanji dengan doktor pakar pada 28 November ni . . masa itu nanti doktor akan bagitahu apa perkembangan aku . . tulang aku yang patah tu dah uke atau tak . . selain itu doktor juga akan bagitahu sama ada aku perlu buat pembedahan pada tangan kanan aku atau tak . . luka di tangan aku pun tak sembuh-sembuh lagi . . pelik juga . . dah 2 bulan lebih . . so apa-apa nanti kena tunggu jumpa doktor . . kalau aku kena buat pembedahan lagi makna sekali lagi kena tinggal dekat WAD . . hehe .. tak best la . . 


tentang pembedahan tu kemungkinan kena buat sebab tangan aku tak ada improvement sejak kemalangan haritu . . kalau kena buat pembedahan , pembedahan kali ini bukan di Hospital Sultanah Bahiyah . . pembedahan dibuat oleh USM mungkin dan lokasi mungkin di Pulau Pinang atau Kubang Kerian . . so jauh la . . siapa nak teman or jaga aku nanti . . so hanya mampu tunggu 28 November nanti la . . apa doktor nak kata . . takut juga aku nak jumpa doktor nanti . . uke la . .

uke2 dan banyak aku merepek . . so setakat ini saja . . bye . . Assalamualaikum . .

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images