­

Genap 2 Bulan :)

Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum .. .  


Entry ter-publish oleh si Sepet :) 
 

setelah hampir sekian lama tak update blog kesayangan aku ini . tetapi tak apa hari ini aku kuatkan diri untuk update . . mesti ramai tertanya kemana aku menghilang sebab tak update blog buruk aku ini . . lagi satu mesti ramai tertanya-tanya tajuk post kali ini . . genap 2 bulan . . 2 bulang apa . . isteri mengandung ka . . ibuku mengandung ka . . usia anak aku ka . . uke semua itu tak . . biar aku cerita sebab apa genap 2 bulan yea . . 



28 Ogos 2011 tarikh keramat yang amat memilukan untuk aku ingat semula tetapi ia tetap menjadi satu pengajaran buat diri aku . . tak aku sangka kejadian begini menimpa diri aku . . petang itu dengan hati gembira aku keluar ke Mall dengan niat nak beli baju raya nak raya . . tetapi nak buat bagaimana nasib aku dah i takdirkan begitu . . setelah selesai aku membeli baju di Mall aku terus pulang tetapi malangnya dalam perjalanan pulang aku terbabit dalam kemalangan yang melibatkan motosikal dengan motosikal . . kejadian itu berlaku semasa waktu berbuka puasa . . waktu kejadian hujan sangat lebat dan aku tidak sedarkan diri semasa kejadian . .



itulah keadaan motosikal aku akibat kemalangan itu . . Alhamdullilah sewaktu kemalangan itu ada orang yang melihat dan menolong aku . . orang itu juga jujur kerana menolong dengan ikhlas serta tidak mengambil barang-barang berharga aku seperti telefon bimbit dan duit . . di sebabkan kemalangan itu aku terus di masukkan ke ICU di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar . . akibat kemalangan itu aku di sahkan mengalami luka dalaman di bahagian limpa serta patah kaki kanan di bahagian peha dan betih dan patah tangan kanan di bahagian siku dan lengan . . 


Disebabkan kepatahan yang di alami aku teruk aku perlu melakukan pembedahan memasukkan besi . . pembedahan itu di lakukan sehari selepas aku di masukkan ke ICU . . aku berada di ICU selama 5 hari dan 6 hari di wad biasa . .


apa yang paling menyedihkan bagi aku akibat kemalangan itu ialah tidak dapat beraya . . kalau aku seorang tidak beraya tidak apa tetapi satu keluarga aku tidak beraya . . beraya di hospital . . mana tak sedih , raya tahun ini semua abang dan kakak aku pulang beraya di kampung . . 10 beradik mesti meriahkan . . semua dah rancang macam-macam tetapi di sebabkan oleh aku semua itu tak berlaku . . aku rasa bersalah terhadap keluarga aku . . semasa hari raya semua orang gembira tetapi keluarga aku bersedih di sebabkan aku . . 


Alhamdullilah semua ahli keluarga aku katakan tak mengapa dah takdir nak jadi begitu . . Alhamdullilah aku juga boleh menerima tamparan ini . . sekarang sudah genap 2 bulan kejadian itu berlaku . . aku pun sudah semakin sihat walaupun aku masih tidak boleh berjalan dan tangan aku masih tidak boleh gerak dan tak rasa apa-apa di sebabkan kerosakan saraf akibat kejadian itu . .walaupun aku terpaksa menggunakan kerusi roda aku redha akan keadaan aku sekarang dan aku masih lagi berdoa utuk terus sembuh . . 


Di post ini juga aku mengambil kesempatan ucapkan pada semua rakan-rakan aku yang melawat aku di hospital dan di rumah . . terima kasih kerana tetap menjadi kawan aku di saat susah dan senang . . terima kasih yea . . :)


Assalamualaikum 

You Might Also Like

6 comment

  1. hancur seyh motor ko .
    alhamdulillah ko slamat , tu lbih pnting .
    imissyou buddy :(

    ReplyDelete
  2. hurm .. nsib moto ku ..
    ak slmat g ..
    miss u too...

    ReplyDelete
  3. azim... aku taktaw pon ang xcident, raya ari tu aku ada ja kat mlysia, teruk la jugak ea ang patah... sori x p melwat ang pon, btw aku doa smg ang cpt2 smbuh naa. stiap ujian ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  4. it oke la pipah .. yup smua pasti ad hikmah .. ak redha segalanya ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images