cerita diew ツ
Tuesday, February 01, 2011nude : terkenang akan kasihnya
kisah cinta yang terukir tidak akan aku lupakan . saat indah zaman remaja . zaman saling mengenali cinta dan hidup dalam erti yang betul . benar aku masih cintakan engkau . benar aku tidak dapat lupakan engkau . saat indah bermula semasa pertama kali aku melihat diri mu . hati ini sudah terpaut dengan senyuman yang engkau lemparkan .
saat pertama aku mengenali engkau semasa tingkatan 1 . iaitu di saat aku menyertai kadet bomba . benar . engkau juga menyertainya . tidak aku sangka aku bisa bertegur dengan engkau . pertama kali aku terlihat engkau semasa perjumpaan pertama itu . pada mulanya aku tertanya engkau di kelas mana . tingkatan berapa . 1 atau 2 . takut aku untuk menyapa . tapi persoalan semua terjawap apabila ada rakan engkau yang mencalonkan engkau untuk jawatan kuasa kadet tersebut .
selepas selesai perjumpaan itu . aku terus mencari rakan aku yang berada satu kelas dengan engkau . ya benar . aku bertanya tentang engkau . nama penuh . tinggal di mana . aku memang malu untuk menegur . terasa kerdil untuk menegur engkau . kau begitu indah dan cantik sekali . semua suka akan engkau . itu membuatkan aku lagi segan untuk menegur . tetapi semua itu tidak bertahan lama . pada suatu hari . ada pemilihan untuk kawad kaki . aku cuba untuk masuk juga . tetapi mungkin jodoh kita hendak bercakap sapa . engkau juga masuk kawad kaki itu . ingat lagi aku akan saat itu . aku hanya diam dan tidak berkata apa-apa semasa latihan itu . tetapi semasa waktu rehat engkau datang dan menyapa aku . " aiy .. kelas mna .. "
terkejut aku . tidak sangka kau akan menyapa aku . selepas itu tiap-tiap hari aku tidak sabar untuk berjumpa dengan engkau sewaktu kawad kaki .
tetapi malangnya selepas habis pertandingan kawad kaki . engkau hilang . aku gagal mencari engkau lagi . tetapi aku tetap bertanyakan kawan aku tentang kau . aku suka mendengarnya . kau seolah satu semangat untuk aku . aku kekal buat sedemikian sehinggalah tamat tingkatan 1 .
selepas tingkatan 1 aku di naikkan kelas . tidak sangka aku di masukkan ke kelas yang sama dengan engkau . bertambah gembira aku . dan memang tak di sangka . orang pertama yang menegur aku di dalam kelas itu juga engkau . semakin berbunga hati aku bila kau menegur aku . sejak saat itu aku sering rapat dengan engkau . semua itu hanya itu dekat dengan engkau . untuk pastikan kau selamat dan bahagia .
memang dalam diam aku cintakan engkau . memang aku sayangkan engkau . tapi aku tidak mampu untuk luahkan . sebab itulah aku sering dekat dengan engkau . hanya untuk memastikan engkau selamat .
akan bersambung
0 comment
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !