Setiap sesuatu benda mesti ada BALASANNYA

Saturday, July 23, 2011

Assalamualaikum .. . 

Entry ter-publish oleh si Sepet :) 


Salam . . Salam 1 Malaysia . .  uke . . hari ini nak fanatik sikit sebab nak tulis nasihat . . haha . . mari dengar aku pula berNasihat . . uke . . bukan nak tunjuk kata aku baik or apa tapi aku sekadar nak berkongsi sahaja . . tengok la tajuk entry . . Balasan . . BALASAN !! . . nak bagitahu atau kongsi pendapat sahaja . . kalau salah harap tegur dan jangan marah uke . . 


setiap hari kita sering bercakap atau bersembang dengan orang lain dan kita juga sering berkata " buat baik dapat balasan baik ", " buat jahat dapat balasan jahat " . . perasan tak semua ini sering kita cakap atau katakan . . tapi adakah kita sedar erti sebenar semua ini . . hari ini aku memang sejujurnya mood aku memang sangat DOWN!! . . geram , sedih dan macam-macam lagi . . mana tak . . tadi JKE politeknik aku buat program BAKTI SISWA dekat masjid-masjid dan surau sekitar kulim ini . . so memang tiap-tiap kelas akan terlibat dan kelas aku dah lama dah . . dah 2 minggu lepas . . tapi tadi pensyarah telefon cakap suruh pergi ambil makanan dekat masjid sebab ada makanan lebih . . so aku dan rakan-rakan aku pergi la dekat masjid Taman Selasih . . kelas yang terlibat ialah juniors aku . . tapi memang menyedihkan . . bukan aku nak kutuk atau nak kata mereka tak bagus kami bagus tapi cuma pandangan aku sahaja . . 


apa yang aku lihat tadi mereka ini jenis suka lepas tangan dan tak nak tolong orang lain . . secara jujurnya memang tak patut mereka buat macam ini sebab ini program kelas mereka dan mereka wajib ikhlas untuk buat apa yang patut mereka buat . . macam tadi . . mereka kena mengecat masjid itu , tapi bukan satu masjid cuma tempat ambil wuduk dan tandas sahaja tapi itu pun dah mengeluh dan komplain sahaja . . itu tak apa aku tak kesah sangat tapi apa yang buat aku sedih sikit ialah ada seorang pakcik dekat masjid tue yang sama-sama tolong kemas masjid tue . . pakcik tue dah agak tua la . . aku tengok dia mengecat , dan yang kasihan ialah pakcik tue macam sakit pinggang dan agak bongkok sedikit ,tetapi pelajar tadi tengok saja tak pergi tolong . . itu yang membuatkan aku betul-betul terkilan . . sekurang-kurangnya sebagai seorang pelajar IPTA ini tunjuklah contok yang kita betul-betul berinteklektual dan baik . . tak patut buat macam itu . . 


kita mesti ikhlas dan sentiasa menolong . . kejadian tadi memang betul-betul membuatkan aku rasa manusia sekarang memang sekadar mengharapkan balasan untuk apa yang mereka nak buat . . macam kejadian pakcik itu la . . contohnya kalau pakcik tue kata " siapa-siapa yang tolong pakcik dapat duit atau apa-apa yang berharga " , dah sah ramai yang nak tolong . . betul tak . . bagi aku kita tak patut buat sesuatu sekadar nak mengharapkan balasan sahaja kerana mungkin kita tak nampak apa yang kita dapat kalau kita tolong orang lain tapi InsyaAllah akhirat kelak balasan itu boleh tolong kita untuk ke pintu syurga , siapa yang sangkakan . .? 


itu salah satu yang aku rasa patut aku tegur dan yang lagi satu aku nak tegur ialah " kita sebagai seorang pelajar kita wajib jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar " . . betul tak . . berkenaan dengan aktiviti tadi . . mereka boleh duduk bersenang dan biar orang lain yang buat kerja . . mana adil jika begitu . . hal ini kena pada diri aku dan rakan-rakan aku . . memang jujurnya aku ada juga rasa marah dan tak puas hati . . itu aktiviti mereka dan sepatutnya mereka buat kerja mereka dan di kira agak bertuah bagi mereka kerana aku dan rakan-rakan aku yang tak terlibat pergi tolong tetapi mereka boleh pula cuba ambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain . . kita tak patut tinggalkan tanggungjawab kita kerana kita wajib jalankan tanggungjawab kita sehingga selesai . . 


gambar hiasan dari GOOGLE


uke . . kalau nak tegur memang banyak lagi tapi tak nak tulis lebih-lebih dan aku harapkan apa yang aku katakan ini boleh di jadikan pengajaran buat semua orang . . Assalamualaikum. . 

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images