Kawan Kau Ke?
Saturday, October 21, 2017
Assalamualaikum,
Wooo akhirnya kembali menulis. Dah setahun tinggal blog ini terbiar begitu saja, malam ni gigih untuk menaip. So kembali dengan cerita-cerita yang tak dapat dihadam oleh anda semua. Yeah. So harini nak bercerita tentang kawan.
Yang pasti semua ada kawan kan? Ada ke yang loner takda kawan. Kalau ada mari la kita jadi geng. HAHA .. Semua mesti ada kawan yang rapat gila-gila dan kawan yang anda rasa ANNOYING gila. Ya, yang ANNOYING tu aku la. Cut story short, nak cerita tentang aku dan kawan-kawan.
Aku terkenal dengan ANNOYING dan cakap lepas atau orang utara kata "mulut tak reti tapis". Jujur sangat kot. Oleh sebab itu, mungkin susah kot orang yang TAK SPORTING dan KAKI SENTAP nak berkawan dengan aku. Tapi aku bukan nak cerita tentang semua tu, yang nak cerita nak kongsi cara aku berkawan sebab ada yang tanya aku "macamana hang boleh rapat dengan orang walaupun baru kenal, dah acah-acah nampak macam kawan lama". So, aku cuba cerita mana tahu boleh diguna pakai oleh semua. Ini pun sementara rajin menaip.
Baik, ini tips aku untuk anda semua dalam nak berkawan. Kalau ada yang salah mohon-mohon la tegur. Sebab tak semestinya apa yang aku kongsi 100% betul.
Yang pertama, "kawan biar ikhlas bro!". Cliche kan tapi tak semua sedar tentang benda ini, aku bagi contoh mudah tentang ikhlas nak kawan. Katakan hari ini ada join satu program, so yang pasti akan jumpa orang baru kan? So tetap niat nak kenal kawan baru untuk jadikan dia sebagai KAWAN, bukan kawan sekadar masa program itu sahaja tetapi selepas habis program pun masih lagi kawan. Ini sebab ada je yang berkawan untuk masa itu ataupun secara mudah terpaksa sebab masa itu takda kawan dia yang lain. Kalau ikhlas sudah semestinya orang lain terima kau.
Yang kedua, "jadi diri sendiri, jujur la sikit!". Yang ni mudah dan simple ja, jadi diri sendiri dan jangan nak berlakon jadi orang lain. Tak rugi pun sekiranya kau jujur dengan diri kau. Yang nak berlakon jadi orang lain kenapa. Tu dah bohong diri sendiri dan bohong orang lain. Senang ja "Just who you really are". Kalau kawan kau tak dapat terima, yang rugi dia bukan kau. Jadi diri sendiri kau tak perlu takut sebab secara diam dia akan menarik orang untuk lebih mengenali diri kau. Biar je orang nak kata apa yang penting jadi diri sendiri. Boleh?
Yang ketiga atau yang terakhir, "bertimbang rasa dan tolerate la sikit bro!". Pergh, macam susahkan nak faham yang last ini. Mudah ja sebenarnya apa yang kau perlu buat ialah tolerate dengan kawan-kawan kau tu, bila kau dah mampu untuk tolerate automatik kau ni seorang yang bertimbang rasa. Kembali ke tips yang kedua suruh jujur tadi tu, kau kena tolerate, sesetengah orang senang nak menerima dan sesetengah tak, so kau kena tahu dan perlu terima dia. Sebagai contoh, aku ini jenis yang suka membahan atau kecam orang walaupun aku baru kenal tapi setiap kali aku buat aku ambil kira samada dia boleh terima atau tak dan yang paling penting kau kena sentiasa sedar dengan salah dan berani la mengaku salah serta minta maaf. Tak rugi satu sen pun dan orang pun suka.
Ok, 3 tips je yang aku bagi harini walaupun sebenarnya banyak lagi, nanti bila rajin aku kongsi lagi. Buat yang nak tanya apa-apa tips aku apa-apa soalan boleh terus je komen atau mesej aku di Facebook atau Instagram, pasti aku cuba jawab kalau mampu. So sebelum undur diri, aku nak letak sikit kawan baru aku untuk sidang baru dekat universiti ini. Walaupun baru kenal, boleh dikatakan aku agak rapat. Hasil aku guna tips-tips yang aku kongsi ini la. HAHA . Tak tahu la kawan aku ni anggap aku macamana.
So ini sahaja, Assalamualaikum.

"macamana hang boleh rapat dengan orang walaupun baru kenal, dah acah-acah nampak macam kawan lama"

1 comment
kobe byrant shoes
ReplyDeletehermes bag
supreme shirt
balenciaga speed trainer
jordan retro
adidas yeezy boost
balenciaga sneakers
michael kors outlet online
yeezy 500
yeezy 700
Assalamualaikum . . Hi peoples . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! !