Dare To Stood Up

Wednesday, January 27, 2016


Dare To Stood Up




Assalamualaikum ..

Apa khabar semua, setelah lama tak berceloteh kat blog tersayang ni, sebab tu harini luangkan sedikit masa untuk update blog yang dah lama tak sentuh. Dah bersawang, berabuk kan .. Sebelum anda terus membaca, nak bagitahu kandungan kali ini agak ekstrem dan agak panjang serta membosankan mungkin.

Berbalik kepada tajuk kita harini "Dare To Stood Up" ala-ala omputih sikit harini kan. . Anda yang cerdik pandai mungkin dah mendefinasikan tajuk kita hari ini iaitu Berani, Berani untuk berdiri, berani kerana benar dan banyak lagi. Bagus bijak pandai anda semua tetapi apa sebenarnya yang nak diceritakan. Sebenarnya post harini sedikit motivasi atau perkongsian dari diri aku yang tak seberapa, yang baru diuji sedikit dalam kehidupan..

So harini berangan jadi pakar motivasi sikit, izinkan aku yea ..

Dengan nama Allah SWT Yang Maha Esa aku mulakan perkongsian aku. Mungkin ramai yang tak mengenali siapa aku ni, cuma sekadar insan kerdil diatas bumi Allah SWT, dan yang mengenali aku mungkin merasakan aku seorang yang tak pernah ada masalah, sentiasa bahagia, gembira, gila, menyakitkan hati dan banyak bercakap sambil senyum. Yea, semua itu betul belaka, tiada yang salah. Sebagai seorang manusia biasa, seorang pendosa sudah tentu aku juga seperti semua orang ada pasang surutnya, ada gembira dan ada dukanya.

Seperti orang lain, kehidupan aku sama seperti manusia biasa. Macam-macam yang pernah aku buat atau lakukan walaupun ramai yang kata aku baik. Boleh la nuh puji diri sendiri sikit sebab tak ada sapa yang nak puji. Yer, aku membesar seperti remaja lain, ada baik dan ada jahatnya. Dari aku kecil sehinggalah aku berusia 19 tahun, rasanya dah macam benda aku penah buat tetapi takda la sampai benda yang bukan-bukan. Yerla remaja kan, faham-faham jerla. Kiranya macam zaman dimana aku lalai, Tinggal solat dan benda-benda lain. Masa sekolah boleh jer solat 5 waktu sehari, mungkin faktor duduk asrama, balik kampung duduk dengan mak ayah. Tapi bila dah habis sekolah sambung belajar semakin lalai pula dengan dunia ni, asyik online, keluar lepak dan benda-benda yang tak berfaedah.

Nak dipendekkan cerita masa nak masuk semester 3 pengajian aku di diploma, aku diuji dengan ujian Allah SWT. Bagaimana aku diuji waktu ini adalah bila pointer semester 2 aku jatuh. Mungkin bagi setengah orang benda ini perkara biasa, yerla "apa yang kita usaha tu yang kita dapat kan?" Masa ni tak sedar lagi walaupun dan bernanah telinga dileteri oleh Mak Ayah serta keluarga aku, dok bajet baguih lagi dok rasa pointer jatuh sikit ja kut, so masuk semester masih lagi seperti semester sebelum ini cuma malasnya yang bertambah. Jujur kalau cerita bab malas ni boleh jadi sampai bulan depan pun tak habis rasanya. Malas buat assignment, yang rajin keluar jalan-jalan melepak. Jangan kata takda orang nasihat, ramai yang tegur tapi yerla masa ni takbur riak tak dengar cakap orang. Kadang-kadang itu ada juga sentap dan terasa nak berubah bila ditegur dan tetapkan matlamat kononnya sebelum masuk bulan Ramadhan tahun tu nak perbaiki diri, nak berubah tetapi hampeh tetap sama. Allah ni Maha Esa, Maha Mengetahui, kali ini aku diuji dengan satu lagi ujian yang mana bagi aku sangat besar dan betul-betul mengubah hidup aku buat selamanya.

Tanggal 28 Ogos 2011 aku kemalangan motorsikal. Mungkin bagi orang kemalangan tu biasa la , jatuh bangun la kan.. Tetapi kali ini mungkin sukar untuk bangun rasanya. Yerla aku diuji dua hari sebelum Aidilfitri. Terjejas segala rancangan raya, terjejas segalanya dan kali ini keluarga aku sendiri turut terjejas kerana aku. Disebabkan kemalangan tu aku kena duduk hospital 5 hari di ICU/CCU . Malas nak cerita peristiwa yang berlaku semasa dalam tu cukup untuk membuat aku sedar. Disebakan kemalangan tu aku mengalami beberapa open dan closed fracture di kaki dan tangah sebelah kanan yang menyebabkan selama 6 bulan aku tidak boleh berjalan dan begerak. Yang paling membuat aku seperti dilempar ketengah lautan dan dibiarkan lemas apabila aku di sahkan mengalami "Complete Brachial Plexus Injury" . Nak tahu apa itu? Ia adalah kecederaan pada saraf tangan menyebabkan tangan tidak boleh bergerak/berfungsi seperti biasa. Ada setengah kes hanya pada bahagian upper dan lower, tetapi untuk kes aku adalah complete iaitu upper dan lower.

Kes ini lebih kurang seperti lumpuh cuma sesetengah lumpuh itu boleh sembuh tetapi bagi kes aku amat sukar untuk sembuh seperti biasa. Yer hati siapa yang tak lumpuh bila doktor bagitahu yang perkara macam tu. Boleh jatuh jantung bila dapat tahu, menangis, teriak, menjerit, murung. Bohong la kalau aku tak melalui semua itu. Boleh dikata sejak aku tahu yang jadi macam setiap hari aku berfikir macam tak ada guna hidup, tak ada siapa lagi nak kawan, nak baik dengan orang yang cacat. Cuma kadang-kadang aku berpura-pura seperti aku mampu hadapi semua ini padahal dalam hati tak ada siapa yang tahu. Boleh dikata setiap hari aku sentiasa memikirkan apa yang aku mahu lakukan kelak, macamana masa depan aku kalau dah jadi begitu. Apa yang boleh aku lakukan, apa yang tak boleh aku lakukan . Macam-macam berlegar dalam kepala, yang paling aku takut pandangan atau tanggapan orang lain terhadap aku.

Sepanjang tempoh aku berehat dirumah, macam-macam perkara yang bukan-bukan aku fikirkan. Yerla sebab aku ni jenis orang yang kadang-kadang fikir dalam sangat. Bila dah dalam keadaan aku tu, aku fikirkan adalah hilang kebebasan yang aku pernah ada sebelum ni. Jika sebelum ni aku boleh lakukan apa sahaja yang aku mahukan tapi sekarang mustahil aku boleh lakukan sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Masa sekarang nak makan pun orang yang suapkan, dah rasa macam tak da guna sebenarnya. Ada masa tu aku fikir lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain. Bukan tu sahaja, aku juga terbayangkan dan takut akan kehilangan kawan. Yerla siapa lagi nak kawan dengan kita kalau kita akan menyusahkan kawan kita tu. Betul tak?

Bila fikir bab kawan, benda ni yang buat aku lebih takut atau paranoid sebenarnya. Apa yang aku fikirkan ialah aku akan hilang kawan, tak ada orang nak kawan bila dah jadi lain dari orang lain. Takkan orang nak kawan sebab aku akan menyusahkan orang lain bila dah jadi macam ni. Yup betul, ada kawan yang bila tahu aku susah dan dah jadi begini terus hilang, senyap tanpa berita. Yea kawan yang mana dulu aku rapat, bila dia susah aku tolong tapi bila dah senang dan aku yang susah terus dia hilang. Masa ni terjadi aku dah mula mempersoalkan takdir sebenarnya. Yerla kenapa aku perlu diuji macamni, kenapa perlu jadi begini. Dah rasa macam sorang-sorang pulak kat dunia sebab hilang kawan kan . HAHA..Masa ni dah mula fikir nak behenti belajar, tak nak sambung balik dah diploma sebab takut tak ada siapa nak tolong dan tak ada siapa nak kawan nanti.

 Tapi dalam masa yang sama  still ada kawan yang sentiasa ada bawah jatuh aku, kawan yang sentiasa memberi sokongan dengan aku untuk terus bangun dan sentiasa pandang kehadapan. Kawan-kawan ini lah yang sentiasa nasihat aku untuk sambung, bagi semangat suruh cepat masuk balik. Boleh katakan setiap minggu ada ja yang bertanya khabar, datang rumah untuk melawat dan dalam masa yang sama benda ni sedikit sebanyak menaikkan semangat aku, tapi aku masih lagi takut sebenarnya nak hadapi kebenaran dan masa depan. Nak terima apa yang jadi.

Sepanjang setahun aku bercuti berehat dirumah, rasanya tak pernah sekali pun aku rasakan yang masa depan aku akan jadi lebih baik. Yerla aku kan belajar kejuruteraan dan kalau nak sambung mestila kena patuhi syarat utama dulu iaitu mesti SIHAT FIZIKAL. Maksudnya tak boleh ada kecacatan, sudah tentu aku tak boleh sambung kejuruteraan selepas ini, yerla cita-cita kononnya suatu hari nanti nak jadi Jurutera yang berjaya. Masa itu fikiran dah rasa macam tak perlu nak sambung belajar balik, bukan boleh kejar cita-cita yang aku nak, kena amik jurusan lain yang tak pernah aku minat. Masa ini hati dah mula tak nak fikir pasal belajar, rasa baik duduk rumah mereput tunggu tua je. Bila fikir kita dah tak dapat buat apa yang kita mahukan, apa yang kita inginkan mesti benda ini akan meruntuhkn semangat kita kan.

Hari demi hari dah nak dekat dengan tarikh untuk daftar semester, maknanya aku kena la buat keputusan dengan bijak samada nak teruskan atau nak berhenti. Family suruh teruskan, kawan-kawan pun ramai yang suruh teruskan dengan alasan jangan risau kalau susah nanti masa belajar lepa akan tolong. Kepala otak ini dah fikir macam-macam bab nak sambung balik belajar ni. Yerla fikir nanti nak ke kelas macamana, nak berulang dari rumah ke tempat belajar macamana. Nak naik bus ke, nak ke kelas macamana, takkan nak jalan kaki. Kawan-kawan siap datang bagitahu bab nak ke kelas, nak makan, nak keluar lepa akan tolong, susah bagitahu ja mesti lepa akan tolong. Masa ni dah memang touching sikit bila kawan-kawan punya la supportive sampai macamni, tapi fikir juga macamana kalau aku menyusahkan lepa, berapa lama lepa boleh tolong, boleh sabar.

Fikir punya fikir aku pun setuju untuk masuk balik, dan mula la rutin aku menyusahkan kawan-kawan aku yan duduk serumah ni. Yerla jadual kelas berbeza, lepa nak kena hantar amik aku lagi, lepas tu rutin fisioterapi aku lagi di hospital lepa juga yang tolong bawa. Kadang-kadang punya la rasa bersalah dan rasa sangat menyusahkan, tetapi alhamdullilah kawan-kawan ni yang banyak tolong. Hilang satu masalah tetapi sebenarnya masalah lain pula yang timbul. Yerla bila dah jadi lain dari yang lain mesti jadi tumpuan orang lain kan. Masih ingat lagi hari pertama aku melangkah masuk semula ke kelas baru bagaimana pandangan orang lain terhadap. Apa yang mereka fikirkan tentang aku.

Yerla, apa yang akan orang fikir sekira orang yang sepatutnya berada di semester 5 tetapi masih berada di semester 3. Ramai yang katakan yang aku ni budak buas, yerla kaki "repeat paper". HAHA .. Masa ini merupa masa yang agar sukar untuk aku sesuaikan diri. Mana pergi orang tengok, orang tanya kenapa. The best part orang sentiasa kata aku ni macam "attention seeker", "buat terok" dan sebagainya. Apa yang anda rasakan kalau orang kata macam tu dekat anda? Yerla sebab masa masuk pensyarah akan tanya kenapa, bila, dimana dan bagaimana. Sedikit sebanyak akan menyebabkan pensyarah itu mungkin bagi tumpuan yang lebih dekat aku. Ini akan menyebabkan mungkin ketidakadilan kot. Sekaligus menyebabkan orang sekeliling tak senang, tapi aku buat tak tahu je selalunya.

Kita tak boleh nak paksa orang suka kat kita, dan benda ni menyebabkan aku tak berapa bahagia semasa belajar, jadi tak tenang. Kawan-kawan serumah sentiasa tanya okay tak kelas, kawan baru okay? Kadang-kadang rasa menyampah bila fikir, depressed tu selalu sangat tapi tak ada la aku nak tunjuk dekat orang, lebih baik pura-pura bahagia dan gembira. Jawab ja la semuanya okay, baik, bagus, seronok.

Apa sebenarnya yang aku hadapi masa belajar. Mesti ramai yang sangka semuanya baik-baik belaka tapi sebenarnya tak seindah yang kita sangka. Yerla kadang-kadang punya la terasa bila sesetengah orang cuma berpura-pura baik dengan kita tapi di belakang dah macam musuh ketat dianggap olehnya. Kadang-kadang gurauan sindiran dalam kelas yang buat aku sangat terasa. Yerla boleh bayangkan selama 2 tahun aku pendam rasa sakit dan kecewa. Kata orang tua-tua, sesetengah perkara itu tak boleh bergurau. Yerla, gurauan dah seperti sindiran dan cemuhan.

Gurauan apa yang boleh menyebabkan aku terasa dan tak suka. Yerla bila apa yang kau katakan itu tentang diri aku. Gurauan yang memperli diri aku sebenarnya. Banyak sebenarnya yang mereka katakan seperti katakan "aku cacat, perli tangan, buat-buat keadaan seperti aku, dan banyak lagi. Kalau nak cerita pun panjang sangat. Pendek kata biarlah hanya aku yang tahu. Betul tak. Macamana aku boleh bersabar selama aku belajar disana. Yer aku belajar untuk berpura-pura yang aku OK dan tanamkan azam suatu hari nanti aku akan buktikan yang aku boleh berjaya walaupun tak sesempurna seperti orang lain.

Bosong la kalau aku katakan aku tak pernah sentap atau terasa bila orang kata dekat aku macam tu, kadang-kadang aku lebih suka duduk seorang diri dan menyalahkan diri sendiri sebab terjadi perkara macamni. Menagis, teriak tu perkara biasa la, tetapi tak ada la aku nak menangis dekat orang. Tak macho la kan. Segala apa yang orang katakan aku biarkan, aku dengar sahaja dan aku tukar segala benda yang orang katakan dekat aku itu menjadi sesuatu yang positif dan menjadi semangat baru untuk aku bangun.

Yup, perkara ini memang memakan masa yang lama untuk aku terima tetapi sedikit sebanyak, hari demi hari aku semakin kuat untuk terus bangun. Apa yang aku lakukan adalah dengan menganggap aku ini sama sahaja seperti orang lain, aku cuba untuk buat semua benda sendiri tanpa meminta bantuan oang lain. Aku akan cuba dan usaha dahulu dan sekira tidak mampu barulah aku meminta bantuan dari orang lain. Pendek kata, cuba dahulu, usaha dahulu tak mustahil mampu lakukan. Aku genggam kata-kata tu dan aku mula untuk berubah, sedikit sebanyak aku boleh menerima apa yang terjadi hingga sekarang.

Secara tidak langsung apa yang terjadi ini membuka mata aku untuk melihat lebih jauh, segala kesusahan dan kepayahan orang lain dalam meneruskan kehidupan mereka. Yerla aku baru diuji dengan di tarik satu nikmat kehidupan iaitu tangan, bayang orang lain kehilangan nikmat yang lain. Bagaimana mereka mampu untuk bangun. Perkara ini juga membuatkan aku sedar yang selama ini aku selalu lupa untuk bersyukur dengan segala yang diberi olehNya.

Hari demi harus aku sentiasa berfikiran positif, tak kisah apa yang orang katakan aku hanya senyum dan gelak sahaja kerana apa yang terjadi salah aku sendiri di masa silam. Benda ini juga membuatkan aku semakin kuat, yerla disamping itu juga berfikir nak habis belajar cepat-cepat tak payaah jumpa orang yang tak sukakan aku. Betul tak. HAHA.. Dek kerana semua benda ini aku mampu untuk habiskan diploma. Habis sahaja peperiksaan semester akhir, aku mula isi borang mohon kerja, isi borang untuk sambung belajar.

Yerla, teruja sangat nak bekerja, lagi sekali aku rasa aku diuji untuk tengok berapa kuat keazaman aku mungkin. Bayangkan bila dah minta kerja mesti ada temuduga dan selalunya sebelum temuduga Person In Charge akan call untuk tanya butiran tertentu ataupun memaklumkan melalui email. Pendekkan cerita aku pernah mohon satu jawatan ini di sebuah syarikat, dan alhamdullilah feedback dari pemohonan aku diterima dan orang yang bertanggungjawab telah menelefon aku mengenai permohonan aku tu. Sembang punya sembang melalui telefon dia kata " boleh datang pejabat untuk isi borang dan mulakan kerja, bila tarikh nak mula?" aku tanya la "betul ke, kalau macam tu saya boleh mula 2 hari lagi". Dia pon kata " tak ada masalah dan boleh datang pejabat pukul 9Pagi dan terus berjumpa dengan Cik ######. Sebelum itu boleh saya dapatkan maklumat seperti alamat tempat tinggal dan bagaiman untuk datang kerja nanti, sekiranya ada masalah berikut syarikat ada menyediakan tempat tinggal serta pengangkutan sekali dengan rakan kerja nanti dan ia lebih mudah". So aku pun cakap la yang syarikat ni bagus dan memahami pekerja dia. Aku pon cakap la yang ini merupa seorang OKU sepertimana yang telah diberitahu dalam surat permohonan tetapi bagi masalah tempat tinggal dan pengakutan mungkin tidak menjadi sebarang masalah". Dia diam sebentar lebih kurang dalam beberapa saat dan berkata "maaf En, saya tersalah. Pihak kami memohon maaf atas segala kesilapan dan permohonan encik tak dapat  diterima."

Siapa yang tak angin boleh buat main-main padahal masa telefon tadi tanya semua butiran tu betul, bila aku pasti mengenai status terus tiba-tiba tak dapat padahal dalam surat permohonan aku siap bagitahu segala maklumat lagi. Masa ini mula la aku fikir punya la susah bila dah jadi macamni. Tak ada syarikat yang nak amik pekerja OKU ka. Disebabkan benda ni selaga benda negatif bermain di fikiran aku. Tak ada kerja, tak ada orang yang nak pekerja macamni. Rasa macam ruginya berapa banyak permohonan yang aku hantar tapi semua macam tak dapat ja. Masa ini tiba-tiba aku dapat tahu mengenai satu kursus "Graduate Employment Training". Yerla kursus tapi dapat elaun, dari duduk saja baik aku masuk. Masa ini aku sedar, masa susah tentu Allah SWT tolong. Dia tahu aku tengah susah Dia sampaikan berita ini agar aku kembali positif yang rezeki itu dekat mana-mana sahaja.

Oleh sebab itu, aku pon masuk kursus itu sementara nak tunggu keputusan untuk sambung belajar. Masa dalam kursus dapat pula satu berita yang tak berapa best iaitu "graduan dari ipt yang aku duduk tak layak mohon untuk sambung belajar kerana tarikh keputusan diumumkan selepas tarikh tutup permohonan dan hanya boleh mengharapkan rayuan atau saluran lain sahaja untuk sambung belajar. Masa ini sekali lagi rasa down, rasa apa nak buat setahun kena tunggu baru boleh sambung belajar, nak kerja tak ada kerja. Punyai la sedih bila fikir kawan-kawan aku semua pakat sambung belajar, kerja dan sebagainya. Aku ini dok tercara-cari lagi. Masa ini terus tak ada semangat dah nak sambung belajar, dah putus harapan tetapi sekali lagi Allah SWT bagi bantuan kepada aku disaat memerlukan.

Yang pertama dapat panggilan temuduga untuk sambung belajar dalam bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional di UTHM. Rasa macam tak sangka saja sebenarnya sebab tak minat sangat bidang ini. Bila dah dapat temuduga pon dah seronok padahal tak tahu lulus ke tak. Tapi yakin dengan perancangan Allah SWT, aku pi jugak temuduga itu walaupun tahu dah sah-sah aku tak lepas syarat asas iaitu tidak cacat anggota.

Gagah pi juga temuduga tu dan sekali orang lain pandang ja, yerla nampak macam tak sedar diri kan pi juga temuduga tu. HAHA.. Tunggu punya tunggu sampai giliran aku masuk. Dengan muka selamba masuk duduk dan mula dihujani soalan-soalan memakan diri oleh interviewer tu. Soalan macam biasa la dan apa yang menyebab anda rasa layak untuk sambung belajar dalam bidang ini. Sembang punya sembang sampai giliran aku interviewer tu tanya "nanti macamana nak mengajar, macamana nak buat kerja amali kalau keadaan macamni" aku pun berfikir "kalau Allah dah tolong aku macamni mesti aku kena usaha juga", aku pun jawab la "tak ada benda yang mustahil yang tak boleh dilakukan kalau kita usaha, takkan sebab jadi macamni tak boleh buat apa yang orang lain boleh buat, kena usaha dulu la sebab menyerah kata tak boleh buat".

Respon orang tu senyum saja dan terus ke soalan lain pula, Nampak macam 50-50 saja nak dapat atau tak tetapi yakin mesti kena ada kan. Bila dah selesai temuduga nak keluar dari bilik tu sempat bercakap dengan interviewer tu dia kata "awak ni bagus, berani, yakin dan ada ciri pendidikan. Tak mengalah dengan keadaan diri sendiri, InshaAllah boleh dapat dan boleh la bersedia apa yang patut untuk sambung nanti".

Bila dengar dia kata macam tu bertambah yakin dan hilang segala masalah yang aku khuatiri tetapi masil lagi memikirkan syarat asas untuk masuk ke situ. Sebelum beredar keluar dia juga kata "boleh balik kemas beg, bersedia jadi orang johor pulak". Satu lagi yang menaikkan semangat sebenarnya tapi masih lagi risau sementara menunggu keputusan untuk temuduga itu. Kebetulan aku pi temuduga dengan salah seorang sahabat baik aku, aku sentiasa tanya dia soalan ni "boleh dapat ka kalau syarat asas pun aku x lepas?", kawan aku dengan senang ja jawab "inshaAllah ada rezeki kita."

Selepas balik dari temuduga itu aku sentiasa berfikir boleh ke dapat dengan berita yang mengatakan tak layak memohon, aku tak lepas syarat asas IPT itu serta realitinya yang aku tahu amat sukar bagi seorang OKU untuk sambung belajar kerana terlalu sedikit peluang yang ada.

Selama hampir 2 minggu menunggu keputusan temuduga, macam yang terfikir betul ke aku apa yang aku buat, betul ke susun atur kehidupan aku ni. Semua ini sentiasa tertanya sehinggakan kadang-kadang aku untuk berhenti dari segala semua benda yang aku lakukan. Tak perlu nak mohon belajar dan tak payah nak cari kerja sebab tak dapat punya. Sedarlah diri sikit, tolong la berpijak dibumi yang nyata. Semua ini buat aku sentiasa tertanya dan mula rasa nak putus asa dari segala apa yang aku pertahankan dan apa yang aku pegang selama ini.

Setelah tunggu punya tunggu keluarlah keputusan untuk sambung belajar, orang lain semua berpusu-pusu semak permohanan masing sedangkan aku tak ada semangat langsung untuk semak kerana aku terlalu yakin dengan apa yang aku fikirkan iaitu tak tak dapat sambung belajar. Malas rasanya nak menghadap satu lagi kekecewaan, aku sendiri tak nak semak keputusan. Biarkn sahaja, sehingga selepas 3 hari dari hari keputusan tersebut aku terima satu panggilan telefon dari USM yang mengatakan aku layak untuk sambung belajar disana dan menyuruh aku untuk membuka lawan web untuk mengesahkan samada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut. Terkejut sebab sebenarnya seingat aku aku tidak memohon IPT tersebut.

Disebabkan panggilan itu aku membuka laman web untuk menyemak semula permohonan aku dan sesuatu yang tak disangka dan benar "rezeki Allah SWT tu ada dimana-mana sahaja dengan syarat kita kena usaha untuk dapatkannya".  Benar-benar tak sangka yang aku dapat menyambung pelajaran selepas diploma. Sekali lagi aku ditegur agar tidak berputus asa dan percaya dengan nikmat Allah SWT.

Alhamdullilah, syukur dengan nikmat Allah SWT, aku diberi peluang untuk memilih samada menyambung pelajaran di UTHM atau USM. Bukan niat untuk menunjuk atau membangga diri tetapi perancangan dan nikmat Allah SWT tu tak siapa pun tahu.

 Sejak dari itu aku sentiasa berjanji dengan diri sendiri agar aku tidak akan menyesali apa yang terjadi dan apa yang berlaku sebaliknya menjadikan apa yang berlaku itu sebagai batu loncatan semangat untuk aku terus berusaha. Aku juga sekarang semakin yakin dengan diri aku, biarpun aku tak sesempurna seperti orang lain tapi aku tak akan mengalah malah aku mampu untuk lakukan apa yang orang lain mampu lakukan malah mungkin lebih hebat dari orang lain.

Biarpun apa yang telah terjadi atau apa jua ujian dan dugaan yang kita hadapi, yakinlah bahawa Allah SWT itu lebih mengetahui dan segala perancanganNya lebih baik dari perancangan kita. Sentiasa yakin walau bagaimana diri kita, seburuk mana sekali pun kita diuji akan ada nikmat disebalik segala ujian dan dugaan tersebut. Kita hanya perlu buka mata, buka hati untuk sedar akan kesilapan kita dan berubah untuk kebaikkan. 


Sekian, segala yang baik itu dari Allah SWT dan buruk itu dari saya sendiri. Ambil yang positif buang yang negatif, semoga kita sama terus berada dijalan yang lurus dan sentiasa cuba mendekatkan diri denganNya.

InshaAllah, kelak akan berkongsi lebih banyak. Asssalamualaikum ..

-Khairul Azim Mahamad
 27 Januari 2016

You Might Also Like

9 comment

  1. 😢😢😢😢😢😢 Kuatnyaa kau Keyol. U're too strong 💪💪💪. Teruskan bersemangat! U make me stunned for those story. Inspiring! ☺

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

  3. شركة مكافحة الصراصير بالهفوف
    الصراصير من الحشرات التي تنتشر بكثرة في فصل الصيف وفي الكثير من الأحيان يكون مصدرها البالوعات لذلك من الطبيعي أن تحمل معها أخطر الأمراض والأوبئة لذلك إن كنت حريصاً على صحة أفراد عائلتك التعاون مع شركة مكافحة حشرات بالهفوف هو الحل لأننا نضمن لكم أن الحشرات لن تعود مرة أخرى لأن المبيدات التي نستخدمها مفعولها قوي وآمنة على صحة الإنسان والبيئة المحيطة به، كما أن الشركة تقدم لكم خدمة مكافحة البراغيت وخدمة مكافحة الوزغ ومكافحة العتة وهذا على أيدي مجموعة من الخبراء والفنيين في التعامل مع أجهزة الرش الحديثة والمدربين جيداً على التعامل مع أي مشكلة تقابلهم بمنتهى الحرفية.
    _______________________

    شركة مكافحة الفئران بالهفوف
    الفئران مصدر قلق لكل المواطنين في مدينة الهفوف والمملكة العربية السعودية بشكل عام، ويصعب على الكثيرين مكافحة الفئران لأنها سريعة كما أنها تسبب الخوف والفزع لدى الكثير من الأشخاص، وأكد الكثير من الأشخاص أنهم قاموا بتجربة وضع السموم القاتلة ولكن لم ينتج عنها غير الفشل وعودة انتشار الفئران مرة أخرى، لذلك الخيار الأفضل لكم والأقل تكلفة أيضاً أن يتم طلب مساعدة شركة مكافحة الفئران بالهفوف لأننا نوفر خدمات المكافحات بالطرق والتقنيات الحديثة على أيدي مجموعة من المحترفين والمدربين جيداً على عمليات المكافحة لذلك احرصوا الآن على التعاون معنا خلال أرقامنا المرفقة في هذا الموضوع كما أننا نعمل على مدار الساعة لتلقي كافة الرسائل والاتصالات.
    ____________________

    شركة مكافحة بق الفراش بالهفوف
    بق الفراش من الحشرات المزعجة التي تقلق راحة الإنسان خاصة أثناء الليل فيصيب الإنسان بالحكة ولا يتمكن من النوم، حيث أن هذه الحشرة تبحث عن الدفء لذلك تتواجد في غرف النوم وبين الأغطية التي يستخدمها الإنسان وفي نفس الوقت تتغذى على دم الإنسان مما يجعله يشعر بالحكة، ومن الصعب إن يقوم المواطن العادي بالتخلص منها لأنها حشرة دقيقة جداً وتكاد لا ترى بالعين المجردة وتؤثر على صحة وحياة الإنسان بالسلب لذلك من الضروري التعامل مع محترفين وفنيين في إبادة الحشرات وشركتنا من أهم رواد عالم المكافحة لذلك اتصلوا بنا الآن عبر أرقامنا لكي نصل إليكم في أي مكان بمدينة الهفوف للقيام بمهمة رش المبيدات.

    ReplyDelete

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images