­

Aliff Aziz Bertegas Enggan Jaja Kisah Cinta Dengan Anne

Tuesday, May 15, 2012


Aliff Aziz Bertegas Enggan Jaja Kisah Cinta Dengan Anne? PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz bertegas tidak mahu menjaja kisah cintanya dengan pelakon Anne Ngasri kepada mana-mana media lagi kerana bimbang ia akan menjejaskan perjalanan kariernya.
Aliff berkata, selama ini dia bersedia berkongsi cintanya dengan Anne kepada umum kerana tidak mahu timbul sebarang spekulasi yang mungkin timbul di kemudian hari tetapi malangnya ia berlarutan sehingga kini di media cetak dan elektronik.
"Rasanya terlalu banyak kenyataan yang telah diberikan dan saya enggan bercerita tentangnya lagi. Cukup sekadar orang ramai mengetahui status sebenar hubungan kami itu.
"Nanti apa pula kata peminat-peminat apabila saya sering dibayangi dengan cerita cinta dan bukannya karier," katanya kepada mStar Online.
Tambah Aliff, dia juga berharap agar hubungannya dengan Anne tidak diganggu dengan soalan perancangan berkahwin kerana mereka masih lagi dalam proses mengenali antara satu sama lain.
Aliff dan Anne mula intim sejak menjalani penggambaran 'Antara Kita' pada Januari lalu.
"Berilah ruang dan masa untuk kami mengenali hati budi dan andai kata kami ada jodoh, sudah pasti berita gembira itu akan disampaikan kepada semua.
"Bagaimanapun buat masa ini saya ingin memberi fokus terhadap promosi album dan kerjaya baru saya di bidang lakonan," tuturnya yang mengenali Anne ketika berlakon bersama dalam drama Antara kita yang telah disiarkan pada Ahad lalu menerusi saluran TVi (180 Astro).
Mengenai kerjaya lakonannya pula, Aliff mengakui perasaan seronok dalam bidang tersebut mula timbul sejak berlakon dalam drama terbitan NS Star tersebut.
Malah, Anne banyak mengajar Aliff mengenai selok-belok dunia lakonan selain kakak Anne iaitu Darling Ngasri memberi peluang kepada penyanyi Singapura itu untuk berlakon dalam beberapa buah drama.
"Alhamdulillah saya mula rasa seronok berlakon. Dan sekarang ini saya sedang menjalani penggambaran bagi drama Cinta VeLog dan selepas itu berlakon untuk drama Sepai pula.
"Ini semua kerana Anne dan Darling yang banyak memberi dorongan untuk saya mencuba di bidang lakonan. Harap-harap lakonan saya itu berkesan," katanya.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images