Berita Hiburan
'Super Spontan' : Daphne Iking Tarik Diri | PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Daphne Iking terpaksa menarik diri daripada menyertai program terbaru terbitan Astro Warna iaitu Super Spontan pada saat-saat akhir kerana masalah peribadi.
Daphne atau nama Islamnya, Daphne Dahlia Iking berkata, pada dasarnya dia begitu berat hati untuk meninggalkan program berkenaan sebelum ia bermula tetapi keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak produksi dan ahli keluarganya.
"Saya bukan sengaja untuk meninggalkan program itu secara tiba-tiba kerana semasa sesi pertemuan lagi pihak produksi telah maklum dengan masalah yang saya dihadapi.
"Keputusan ini cukup berat untuk dilakukan bagaimanapun Alhamdulillahlah semua pihak menyokong saya dan memahami bebanan yang dilalui ketika ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Daphne bagaimanapun enggan mendedahkan masalah yang dihadapi sehingga membuatkan dia menarik diri daripada menyertai program itu.
Super Spontan telah pun menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi dua saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.
Tempat Daphne juga telah digantikan dengan bekas penyampai radio ERA iaitu Nana Mahzan.
Tambah Daphne, dia pada awalnya enggan menarik diri daripada Super Spontan tetapi bimbang tidak dapat memberikan komitmen kepada jadual program dan pasukan produksi yang akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Daphne berkata, dia juga telah menjalani pelbagai latihan bagi memantapkan persembahannya nanti dan begitu teruja untuk bekerjasama dengan semua pelawak dan pelakon terkenal yang terlibat.
Dalam pada itu, Daphne turut menolak dakwaan penarikan dirinya daripada program terbitan Vision Works milik pelakon dan penerbit, Afdlin Shauki itu adalah disebabkan percanggahan pendapat di antara mereka.
Daphne memberitahu, tidak timbul sebarang konflik di antara mereka dan peserta sebaliknya ia adalah keputusan muktamad daripada dirinya.
"Kami semua bagaikan satu keluarga jadi perkara itu adalah merepek kerana hubungan kami semua sungguh rapat. Malah saya rasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan mereka," katanya.
Daphne turut meluahkan perasaan sedih kerana tidak dapat bersaing dengan seorang lagi peserta wanita dalam program itu iaitu pelakon Yasmin Hani.
Katanya, mereka sering menghabiskan masa dengan membuat pelbagai kajian dengan menonton pelbagai persembahan komedi selain berlatih bersama-sama sebagai persediaan.
"Sedih sangat tak dapat berentap dengan Hani tetapi saya akan terus menyokongnya dalam program itu nanti," ujarnya.
Sebelum ini, Daphne memberitahu, dia tidak berfikir panjang saat dipelawa oleh pihak penerbit kerana sudah lama ingin melakukan sesuatu yang berbeza dalam kerjayanya terutama sekali untuk bergelar pelawak.
'Super Spontan' : Daphne Iking Tarik Diri
Super Spontan: Angsa Ganas Menang Minggu Pertama | KUALA LUMPUR: Kumpulan Angsa Ganas berjaya mendapat undian SMS tertinggi iaitu sebanyak 53 peratus menewaskan kumpulan Beruang Comel (47%) pada pertandingan program Super Spontan, malam Jumaat.
Angsa Ganas dianggotai Zizan, Suhaimi, Tauke, Rahim R2, Rizman, Zahid dan Nana Mahzan serta diuruskan oleh Rashid Salleh.
Ahli-ahli kumpulan Beruang Comel pula ialah Johan, Bell Ngasri, Ropie, Shahrul Shiro, Sathiya, Cat Farish dan Yasmin Hani.
Kumpulan tersebut sekaligus menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan wang tersebut akan disumbangkan kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi, yang merupakan salah seorang selebriti yang pernah menyertai program Spontan.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, Allahyarham merupakan seorang individu yang sangat berbakat dalam persembahan spontan dan keluarganya layak menerima sumbangan tersebut.
"Kemunculan program Super Spontan disebabkan oleh kejayaan Spontan yang mendapat respons yang sangat positif sebelum ini.
"Dan kejayaan itu disebabkan oleh pelawak-pelawaknya dan salah seorang daripadanya adalah Allahyarham Din.
"Justeru itu, bagi mingu pertama, keluarga Allahyarham Din adalah yang paling sesuai menerima sumbangan tersebut," katanya selepas pertandingan itu yang diadakan secara langsung di Studio Finas, Hulu Klang menerusi saluran Astro Warna (siaran 132).
Pada pertandingan tersebut, Beruang Comel yang tewas itu terpaksa memilih salah seorang daripada ahlinya untuk disingkirkan.
Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana pengumuman penyingkiran akan dilakukan pada minggu hadapan.
Super Spontan dihoskan oleh Adibah Noor manakala kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sebagai pengkritik tetap selain Amir (Raja Lawak ) sebagai pembantu mereka untuk berinteraksi dengan peserta dan penonton.
Setiap minggu, Super Spontan bakal menampilkan tema permainan berbeza yang mana kebanyakan peserta tidak mengetahui tugasan yang perlu dilakukan pada minggu berkenaan.
Proses pemarkahan pula dilakukan berdasarkan undian daripada penonton seratus peratus tetapi untuk memilih kumpulan yang layak menang pada setiap minggu dan penyingkiran pula berdasarkan kepada suara ahli kumpulan.
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G.
Selain itu, kumpulan yang mendapat markah tertinggi berdasarkan persembahan mingguan akan memenangi RM5,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan yang akan diumumkan kemudian.
Super Spontan: Angsa Ganas Menang Minggu Pertama
Full Super Spontan Episode 1
Streaming Video Youtube Full Super Spontan Episode 1
Saturday, March 31, 2012Streaming Full Super Spontan Episode 1 | Streaming Video Youtube Full Super Spontan Episode 1 | Super Spontan merubakan rancangan terbaru astro selepas rancangan Spontan, tetapi kali ini agak berbeza kerana semua peserta berebut untuk memenangi RM100,000.00 dalam rancangan Super Spontan.
Di Khairul's Mahamad akan menyajikan Full Video Super Spontan Episode 1 dan juga Episode seterusnya. Kami berharap agar anda bookmark's laman ini. Nantikan update-update episode terbaru di sini.
Streaming Video Youtube Full Super Spontan Episode 1
Streaming Video Youtube Full Super Spontan Episode 1
Download Super Sponton Episode 1 | Free Download Super Spontan Episode 1 |
Download Super Sponton Episode 1
Sinopsis Super Spontan
Super Spontan merupakan sebuah rancangan improvisasi yang di ambil dari rancangan Spontan sebelum ini. Bezanya daripada Spontan, Super Spontan menampilkan 2 kumpulan yang terdiri daripada pelawak dan selebriti. Mereka akan bersaing bagi merebut gelaran juara setiap minggu yang ditentukan melalui undian SMS penonton. Pasukan yang tewas setiap minggu akan memasuki pusingan penyingkiran di mana salah seorang peserta dalam kumpulan yang tewas akan disingkirkan berdasarkan undian daripada setiap ahli kumpulan.Download Super Spontan
PART1 | PART2 | PART3Download Super Sponton Episode 1




