­

Selangor dicabar umum butiran projek pembangunan

Tuesday, March 20, 2012

Suasana Dewan Undangan Negeri yang bersidang buat hari kedua hari ini. 

Selangor dicabar umum butiran projek pembangunan | SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukor Idrus mencabar Kerajaan Negeri Selangor agar memperincikan pembangunan yang dibawa sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor selama empat tahun.

Menurutnya, sehingga kini tiada apa yang boleh dibanggakan rakyat Selangor terhadap pentadbiran PR yang hanya memberikan air percuma di mana tidak semua rakyat menikmati pemberian itu.

Beliau berkata, Kerajaan PR Selangor dilihat gagal menyelesaikan masalah tersebut apabila golongan yang layak tidak mendapat air percuma terutamanya penghuni flat serta pangsapuri kos rendah.

Katanya, beliau amat kesal apabila Kerajaan Negeri lebih mengutamakan kilang, industri, golongan berkemampuan dalam pemberian air percuma itu.

“Saya cabar beliau senaraikan pembangunan yang dibuat.

“Sudah empat tahun mereka memerintah, apa yang dilakukan oleh mereka, tidak ada... namakan sebatang jalan yang mereka bangunkan, tidak ada.

“Yang ada hanyalah air percuma sebanyak RM11 yang tidak semua rakyat menikmatinya,” katanya yang mencelah Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei membahaskan usul titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, hari ini.

Abdul Shukor bangun mencelah setelah tidak berpuas hati dengan Shuhaimi kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak membawa sebarang pembangunan di Selangor.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images