­

BBC: UMNO Sediakan Teks Jawapan Untuk Anwar?

Wednesday, January 18, 2012

Wawancara Anwar Ibrahim di BBC kini sudah tersebar luas.  Pendirian Anwar mengenai isu LGBT atau seks songsang kini sudah jelas.   Namun, setelah mendapati majoriti rakyat Malaysia tidak sanggup menghalalkan dosa besar, Anwar, di dalam twitternya cuba memutarbelitkan kenyataannya sendiri konon adalah fitnah UMNO semata-mata.
Anwar seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat dan menyangka kita tidak dapat memahami apa yang diperkatakannya dalam wawancara tersebut.  Hakikatnya, yang menjawab soalan BBC adalah Anwar, bukan mana-mana pemimpin UMNO.  Lainlah jika Anwar hanya membaca teks jawapan yang disediakan oleh UMNO.
Berikut adalah sedutan wawancara BBC 12 Januari 2012 untuk anda nilaikan sendiri:
Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.
“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Ini bukan kali pertama Anwar mengecam undang-undang mengharamkan liwat.  Perkara yang sama dinyatakan kepada AP  melalui artikel bertajuk “Anwar Slams Malaysian Sodomy Law” yang turut disiarkan dalam dragoncastle.net, laman rasmi Gay Thailand dan Gay Asia.
Mengenai perkahwinan sejenis pula, Anwar menjawab kepada BBC:  “Orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum..Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula.
Pandangan yang sama diberikannya dalam Agence France-Presse, 11 November 2004, sebaik sahaja dilepas dan dibebas dalam tuduhan liwat I oleh Mahkamah Persekutuan dan juga interaktif  Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live, 19 Mei 2011, “Kami mengakui pentingnya institusi keluarga dan perkahwinan (yang sedia ada). Namun, kami tidak sepatutnya bertindak melampau atau mendiskriminasi orang lain (LGBT).  Jawapan adalah melalui (proses) pendidikan dan PAS menerima pandangan ini”.
Anwar juga berkata kepada BBC, “Kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…”
Jelas, BBC, AP, Yahoo dan laman-laman Pro-Gay semuanya sudah sedia maklum bahawa Anwar sememangnya terlibat dalam seks songsang jika tidak, tidak mungkin isu seks songsang dan perkahwinan sejenis akan menjadi topik wajib dalam wawancara dengannya.
Anwar juga secara jelas menyatakan yang dia tidak setuju dengan undang-undang mengharamkan seks songsang yang  mana berlandaskan undang-undang Islam kerana menganggapnya sebagai kuno atau lapuk, yakni ketinggalan zaman.
Bagi Anwar, seseorang itu boleh mengamalkan seks songsang selagi ia tidak dihebahkan dan masyarakat.  Bagi Anwar juga, undang-undang tidak harus menghukum golongan ini, atas nama hak asasi manusia.   
Maknanya, jika suka sama suka dan orang tidak tahu, biarkanlah saja.  Inikah wajah dan pendirian seorang ‘bakal Perdana Menteri’ di sebuah negara Islam?
Seks songsang, walaupun jika dilakukan secara diam-diam ia tetap akan menjadi barah kepada masyarakat.   Amalan terkutuk seperti ini bukan sahaja mengundang berbagai penyakit, meruntuhkan moral, institusi keluarga dan masyarakat, malah mengundang bencana akibat dilaknat Allah S.W.T.
Lebih buruk lagi, golongan ini tidak pernah pun merancang untuk mengamalkan kesongsangan mereka secara diam-diam.  Mereka awal-awal lagi telah mengadakan festival Seksualiti Merdeka bagi menyatakan kehadiran mereka dalam masyarakat.  Mereka juga tanpa segan silu menuntut hak dalam masyarakat.   Dan mereka secara biadapnya mempromosi cara hidup yang penuh dosa sekali gus membahayakan anak-anak muda yang naïf dengan pengaruh yang tidak baik.
Jika golongan ini ‘dibiarkan’ seperti kata Anwar, seluruh masyarakat akan menjadi kelam kabut, caca marba dan keliru di mana anak-anak tidak tentu ibu dan bapa dan ibu bapa pula tidak tentu jantina.   Soal wali, mahram dan sebagainya akan menjadi masalah dan akhirnya membawa bencana besar kepada negara.
Suka atau tidak, hakikatnya, inilah yang akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana Anwar Ibrahim adalah satu-satunya calon Perdana Menteri mereka.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images