­

ANONYMOUS GODAM LAMAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI UK

Sunday, April 08, 2012

ANONYMOUS GODAM LAMAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI UKANONYMOUS GODAM LAMAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI UK | LONDON - Kumpulan penggodam Anonymous mendakwa telah mengganggu akses kepada laman web Kementerian Dalam Negeri United Kingdom (UK) sebagai tanda memprotes dasar-dasar kerajaan.

Laman web itu tidak dapat diakses kira-kira 9 malam tadi (4 pagi ini waktu Malaysia), dengan terpapar mesej gangguan disebabkan "jumlah trafik yang terlalu tinggi."

Kemudian, akses kepada laman web itu pulih dengan versi grafik yang terhad.

Tinjauan Sinar Harian Online pagi ini mendapati akses kepada laman web itu pulih seperti sedia kala.

Satu mesej yang diposkan menerusi Twitter menyebut bahawa laman web itu digodam bagi membantah langkah-langkah pemantauan yang sangat "kejam", yang hendak diperkenalkan oleh kerajaan UK.

Pentadbiran UK mengumumkan ia sedang merangka satu kaedah memantau kandungan komunikasi menerusi telefon dan atas talian.

Kementerian Dalam Negeri berkata, ia sedang memantau situasi semasa dengan dekat.

Selain itu, mesej Twitter juga mendakwa bahawa laman web 10 Downing Street juga digodam atas alasan yang sama.

Tindakan penggodam ini sebahagian daripada siri serangan mereka ke atas laman-laman web rasmi sejak awal tahun ini.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images