Cinta Sumayyah penyeri rumah tangga Elyana, Khairul

Friday, May 25, 2012


Elyana dan Khairul di samping anak mereka Cinta Sumaiyah
Elyana dan Khairul di samping anak mereka Cinta Sumaiyah
Elyana dan Khairul di samping anak mereka Cinta Sumaiyah
Elyana dan Khairul di samping anak mereka Cinta Sumaiyah
Elyana dan Khairul di samping anak mereka Cinta Sumaiyah
Elyana dan Khairul di samping anak mereka Cinta Sumaiyah
Kehadiran Cinta Sumayyah, sembilan bulan, melengkapkan lagi rumah tangga penyanyi dan pelakon Elyana, 24, bersama suami tercinta, Khairul Anuar Hussin, 35. Walaupun bergelar ibu pada usia muda, ia bukanlah alasan kepada pelantun lagu Kalis Rindu untuk menguruskan rumah tangganya dengan baik.

Akui bertuah ditemukan dengan suami yang bertanggungjawab, Elyana bersyukur kehadiran Cinta melengkapkan kehidupannya sebagai seorang wanita di dunia ini.

Ibu muda ini memulakan kariernya dalam bidang nyanyian sejak berusia 14 tahun lagi. Ketika itu, dia antara penyanyi remaja yang cukup popular menerusi lagu Niat, Ironi dan Rela.

Diterima peminat muzik tempatan sekali gus menjadikan pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal, 24, terus mendapat tempat dalam dunia seni. Namanya semakin melonjak apabila muncul dalam beberapa buah drama seperti Dunia Baru dan Renjis.

Bagaimanapun, setelah mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu bersama pilihan hati, Khairul Anuar Hussin, 35, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini seakan menyepi daripada dunia seni.

Mengakui rumah tangga yang dibina semakin berseri dengan kehadiran puteri sulungnya, Cinta Sumayyah, Elyana berkata, biarpun telah bergelar isteri dan ibu, namun ia bukanlah alasan baginya untuk meninggalkan dunia seni.

“Bagi saya, tidak semestinya apabila menjadi isteri dan ibu, saya perlu mengurangkan pembabitan saya dalam bidang ini. “Apabila tiba waktunya, pasti saya akan kembali aktif menyanyi dan berlakon. Sekarang misalnya, usia anak sudah pun sembilan bulan, jadi tiada masalah saya meninggalkan dia seketika.

“Malah, suami juga tidak pernah menghalang saya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang artis,” katanya. Jelas Elyana, walaupun dia dan suami sibuk dengan karier masing-masing, namun mereka tidak pernah terfi kir untuk  menghantar anak mereka kepada pengasuh.

“Saya lebih gemar membesarkan anak sendiri, rasanya tidak ada masalah menjaga anak lebih-lebih lagi suami tidak terikat dengan waktu kerja. “Sebagai seorang pemilik sebuah restoran, dia bebas untuk menguruskan masa kerja  sendiri. Jadi, apabila saya terlibat dengan sebarang aktiviti seni, dia yang akan menjaga anak kami,” katanya.

Ujarnya, jika dia dan suami mempunyai urusan pada waktu yang sama, dia lebih senang menghantar anaknya ke rumah ibunya sendiri. “Ibu menetap berhampiran  dengan rumah kami, jadi lebih baik saya menghantar kepadanya  sahaja,” kata penyanyi dan pelakon kelahiran Shah Alam, Selangor ini.


Anugerah terheba t

BERCERITA mengenai pengalaman pertama menjadi seorang ibu, jelas Elyana, ia adalah satu detik paling manis yang pernah dilaluinya. Baginya, dikurniakan cahaya mata merupakan anugerah terhebat bagi seorang wanita yang telah berkahwin sepertinya.

“Bergelar ibu adalah saat yang paling indah dan dinantikan saya selama ini. Rasanya, semua wanita berkahwin mengimpikan perkara yang sama. “Saya sangat bersyukur dengan kehadiran Cinta. Walaupun penat, namun kehidupan saya menjadi lebih bermakna,” katanya.

Kata Elyana, menatap wajah Cinta setiap hari menjadi perkara yang paling menyeronokkan baginya. “Ini adalah pengalaman pertama saya, bagaimanapun saya tidak berasa kekok hendak menguruskan Cinta. Harapan saya, saya dapat  memberikan yang terbaik untuknya.

“Lagi pun, pengalaman menjaga anak buah sebelum ini banyak membantu saya.

Setakat menukar lampin dan mandikan bayi memang tidak menjadi masalah bagi saya,” katanya yang sering merujuk kepada ibunya berkaitan penjagaan dan kesihatan bayi.


Khairul ringan tulang

MENURUT Elyana, dia cukup bertuah kerana ditemukan dengan suami yang memahami dan bertanggungjawab seperti Khairul. “Saya sangat bertuah kerana dia seorang suami yang ringan tulang. Seperti yang saya katakan, kami tidak
mempunyai masalah menjaga Cinta.

“Lebih-lebih lagi, suami tidak pernah berkira untuk bergilir-gilir menjaga anak. Biasanya dia lebih tumpu pada waktu malam.

“Mujurlah suami tidak kisah dan sanggup berjaga. Bagaimanapun, Cinta bukanlah seorang anak yang banyak ragam, tidak susah menjaganya,” katanya.

Jelasnya, dia dan suami sebenarnya sangat menyukai budak-budak. “Mungkin disebabkan kami sangat sukakan budak-budak, ia membuatkan kami tidak kisah untuk melayani karenah Cinta. Lebih-lebih lagi, Cinta anak kami sendiri,” kata pelakon filem Gong ini.

Ditanya bagaimanakah dia membahagikan masa antara karier dan keluarga, Elyana menjelaskan, buat masa sekarang, dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah setelah kembali ke dunia seni.

“Saya mula menerima undangan nyanyian sejak Cinta berumur tiga bulan lagi, bagaimanapun dengan pertolongan suami dan ibu, saya mampu membahagikan masa antara karier dan keluarga dengan baik.

“Setakat ini, memang saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni,” katanya.


Rindu rakam album

BARU sahaja kembali ke dunia seni, Elyana berkata, dia sebenarnya sudah lama memendam rindu untuk muncul dengan sebuah lagi album. Harapannya, tahun ini dia dapat merealisasikan impiannya untuk melahirkan sebuah album baru.

“Saya berharap sangat album baru ini dapat diterima peminat. Lagi pun, sudah lama saya tidak merakamkan album. Bagaimanapun, bagi konsep dan lagu yang akan dimuatkan masih belum ditentukan lagi,” katanya.

Mengusik dengan pertanyaan bagaimanakah dia akan tampil sebagai penyanyi setelah bergelar isteri dan ibu, Elyana menjelaskan, perkara itu tidak pernah memberikan sebarang perbezaan kepada dirinya.

“Saya masih Elyana yang dulu, lincah dan sentiasa bertenaga di atas pentas. Mungkin saya akan menjadi lebih matang, namun muzik rancak tetap menjadi pilihan.

“Rasanya status seorang ibu dan isteri bukanlah persoalan. Malah, perkara itu tidak pernah memberi tekanan kepada karier saya,” katanya yang akan terus mengekalkan trademark tidak memakai kasut ketika mengadakan persembahan.


Tumpu bisnes onlin e

DI SEBALIK kesibukannya sebagai seorang isteri dan ibu, Elyana juga turut mencuri peluang menceburi bidang perniagaan online.

“Bermula dengan perniagaan cupcake dan macaroon, saya kini turut menjual coklat. Sebenarnya, ia bermula secara tidak sengaja apabila saya berkongsi maklumat mengenai pembuatan coklat.

“Waktu itu, saya sedang mengandung. Oleh kerana bosan dan tidak mempunyai sebarang aktiviti, saya ke kedai kek untuk membeli bahan membuat kek. Kebetulan pula terjumpa seseorang yang mahu membuat coklat dan daripada  situlah saya bermula,” katanya yang mula serius menjual pelbagai jenis coklat, Februari tahun lalu.

You Might Also Like

1 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images