Persaingan Hebat 20 Peserta 'On Air' Bermula 23 Mei Depan

Thursday, April 26, 2012


Peserta 'On Air' akan menunjukkan kehebatan mereka sebagai wartawan penyiaran sebelum diberi peluang berkhdimat dengan Astro.
Persaingan Hebat 20 Peserta 'On Air' Bermula 23 Mei Depan | KUALA LUMPUR: Seramai 20 peserta akhir program On Air bakal memberikan saingan sengit apabila rancangan realiti itu mula disiarkan pada 23 Mei depan.
Juri tetap On Air, Aznil Nawawi berkata, kesemua mereka yang dipilih mempunyai kelebihan masing-masing selain bakat dinamik yang akan menjadikan pertandingan itu mencabar.
"Walaupun masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri tetapi satu titik persamaan mereka adalah variasi bakat yang akan menyukarkan pihak juri membuat pilihan.
"Faktor itu juga memerlukan mereka untuk berusaha lebih dalam menyerlahkan personaliti dan bakat agar boleh menyaingi antara satu sama lain,” ujarnya pada sesi pengenalan 20 Peserta rancangan itu di sini pada Rabu.
Tambah Aznil, walaupun program berkenaan diterbitkan untuk mencari pelapis pengacara baru di negara ini, pihaknya juga akan memastikan kesemua mereka mendapat pendedahan terhadap bidang kewartawanan sebagai asas dan persediaan melangkah sebagai personaliti televisyen.
Aznil memberitahu, Suhaimi Sulaiman yang juga Editor Pengurusan Astro Awani diberi tanggungjawab untuk memastikan semua peserta mendapat asas dalam teori dan analisis berita.
Dari kanan Aznil Nawawi, Suhaimi Sulaiman, Datin Seri Normala Samsudin dan Dang Suria antara individu yang terlibat dalam 'On Air'.
"Mereka semua akan ditempatkan di Astro Awani di bahagian yang bersesuaian dengan mereka dan dari situ mereka akan diajar mengenai teknik penulisan berita dan analisis.
"Ia sangat penting dalam memastikan mereka mempunyai pengetahuan, deria nilai berita dan menilai sesuatu kepentingan berita," ujarnya.
Selain Suhaimi, bekas personaliti Astro Awani, Dang Suria Zainordin pula akan memastikan penjenamaan setiap peserta berada di landasan tepat.
On Air turut menyaksikan kemunculan pelakon Zahiril Adzim sebagai jurulatih lakonan dan persembahan selain Shafi Shariff sebagai guru vokal.
Sementara itu, Aznil berkata seorang peserta akan disingkirkan pada setiap minggu selepas dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan.
Seorang atau lebih peserta yang lemah akan dipanggil dan diberikan peluang untuk membuat rayuan sebelum disingkirkan.
"Keputusan penyingkiran akan dilakukan oleh saya, Normala dan seorang juri undangan yang dijemput setiap minggu," ujarnya.
Juara bakal memenangi kontrak sebagai Artis Residen Astro selain beberapa hadiah sampingan lain.
Sepuluh peserta yang terpilih adalah Anas Farhan (21), Azfar (24), Che Kamarul (29), Hafizudin (23), Hafizul (26), Hakim (27), Hassanal (27), Hefny (25), Hilal (24) dan Norhafis (27).
Manakala sepuluh peserta wanita adalah Dahlia (24), Azfar (24), Halizah (27), Harleena (26), Ishabellah (24), Malissa (26), Natrah (20), Norsiah (24), Norheda (31), Nurulhana (24) dan Syakirin (23).
Masih mengekalkan Karl Shafek sebagai hos untuk program Diari On Air pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei.
Manakala Studio On Air bersiaran pada setiap Ahad pukul 10 malam bermula 27 Mei.

You Might Also Like

0 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images