e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC Sumber Rujukan: e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | Anastasyea Blog

Saturday, February 25, 2012

e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | As salam, seperti yang semua dah tahu. Sekarang kakitangan awam kerajaan tidak lagi menerima Slip Gaji ataupun Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak semak gaji kakitangan awam atau dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, kakitangan awam kena dapatkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini. 


e+penyata+gaji+kakitangan+awam+01
Portal rasmi Jabatan Akauntan Negara


Tapi sebelum itu, bagi kakitangan awam yang pertama kali ingin menggunakan Sistem Semak Slip Gaji Online ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM. Untuk mendaftar, kakitangan awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, bagi kakitangan awam yang berkerja sebelum 2010, anda juga boleh mendapatkan no penyata gaji pada slip gaji sebelum ini. (Slip gaji kakitangan awam sebelum 2011)


slip+gaji+lama+sebelum+e+penyata
Nie la rupa slip gaji lama ..




Cara untuk mendaftar slip gaji online ini, pengguna dikehendaki melayari laman web rasmi ANM di http://www.anm.gov.my. Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Anda juga boleh gunakan link yang diberikan di atas untuk terus akses ke website tersebut ;


e+penyata+gaji+kakitangan+awam+02


Seterusnya, klik pada "Pertama Kali Mendaftar" dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap, Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji anm bulanan dan pendapatan tahunan secara online.


e+penyata+gaji+kakitangan+awam+03


Untuk makluman, penyata gaji online boleh diperolehi menerusi website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.

Sumber Rujukan: e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | Anastasyea Blog 

You Might Also Like

4 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images