Lelaki Kacak

Saturday, March 31, 2012



Lelaki Kacak | Assalamualaikum. Hari ini berminat untuk bercakap tentang Lelaki Kacak. Bagaimana sebenarnya boleh dikatakan sebagai "Lelaki Kacak" dan bagaimana untuk menjadi kacak. Kategori apa sebenarnya "Lelaki Kacak" ini. Harus bergaya, berharta atau harus bagaimana.

Lelaki Kacak

Apa yang di definisikan sebagai "Lelaki Kacak". Mengikut kamus dewan "Kacak" ialah lelaki yang kelihatan gagah; segak; tampan. Gagah boleh dilihat dari susuk tubuh badan lelaki itu. Sihat dan mampu melakukan kerja itulah gagah. Segak pula mewakili paras rupa lelaki itu. Memiliki paras rupa yang bersih, suci dan molek boleh dikategorikan sebagai segak. Begitu juga dengan tampan. Secara ringkas "Lelaki Kacak" boleh dikata sebagai "Lelaki yang mempunyai tubuh badan yang sihat, paras rupa dan bersih dan penampilan yang kemas".
LELAKI KACAK LELAKI BERILMU

Ciri-Ciri Lelaki Kacak

Bagaimana sebenarnya ciri-ciri "Lelaki Kacak". Cukupkah dengan "gagah, segak dan tampan"? Rasanya semua orang boleh menjadi lelaki kacak sekacaknya jika kita hanya berharap dengan gagah, segak dan tampan. Bagaimana dengan lelaki mempunya paras rupa yang biasa, tidak mempunyai badan yang gagah. Adakah mereka tidak layak dikategorikan juga sebagai lelaki kacak.

Sebaiknya kita menitik beratkan lebih kearah kehidupan seseorang lelaki itu. Biarlah kita menilai dengan mempertikai keperibadiannya dan bukan sekadar paras rupa dan tubuh badannya. Secara khususnya yang lebih penting ialah tanggungjawabnya sebagai seorang hamba kepada Allah SWT.

Bagi pandangan saya, seseorang "Lelaki Kacak" itu seharusnya seseorang yang tahu akan tanggungjawabnya sebagai umat Rasullulah dan hamba kepada Allah SWT. Jelas akan tanggjungjawabnya.

Lebih molek jika hendak menjadi "lelaki Kacak" seseorang itu harus memperkukuhkan keimamanan kepada Allah SWT. Benar kita bukan sempurna, masing-masing dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Ini tidak adik bagi seseorang yang dilahirkan kurang upaya kerana jika kita meletakkan lelaki kacak itu seseorang yang gagah, segak dan tampan. Sebaiknya kita lihat pada kesetiaannya terhadap yang Maha Esa.

"Lelaki Kacak" itu sepatutnya seorang yang cukup amal solehnya iaitu tidak meninggalkan solat sehari 5 waktu, taat akan perintah Ibu bapa, bersopan dan beradab serta memelihara maruahnya, keluarga dan agama.

Lelaki Kacak kah aku

Sesekali ingin aku bertanya kepada diri aku "lelaki kacak kah aku ini". Sering kali rakan-rakan aku memuji "kacak awak hari ini, awak ni kacak la," dan banyak lagi. Sebenarnya aku tidak mempunyai hak untuk mengatakan yang diri aku ini sesorang "Lelaki Kacak" kerana tubuh badan, paras rupa ini hanya pinjaman Allah SWT kepada aku di dunia ini untuk mencari bekalan untuk akhirat kelak. Sebaliknya aku ingin orang menilai dari keperibadian aku dan bukan paras rupa untuk mengatakan aku "lelaki kacak". 
Lelaki kacak, memang lelaki kacak

Lelaki Kacak Lelaki Berilmu

"Lelaki Kacak ialah Lelaki Berilmu". Setuju atau tidak. Bagi aku lelaki yang berilmu ini sememangnya seorang lelaki yang kacak kerana kita disuruh menuntut ilmu, dan bagi lelaki yang tak berilmu sememangnya awak tidak kacak. Tentu ramai wanita diluarsana inginkan seorang "lelaki kacak" tetapi ini peringatan buat anda semua. Buat apa kacak kalau tak berilmu. Tanyakan pada diri anda persoalan ini. "Jika lelaki kacak itu tidak berilmu bagaimana mahu mendidik anda, anak-anak dan memimpin keluarga anda". Tidak juga kalau tak berilmu dan bukan kacak, buruk ada la.

Lelaki Kacak itu sesuatu yang subjektif dan amat susah ditentukan, ini pendapat aku bagi lelaki kacak dan tak semestinya pendapat kita sama. Harap maaf jika ada yang tersinggung.

Lelaki Kacak Itu Lelaki Berilmu - Lelaki Kacak 


You Might Also Like

2 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images