Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut

Friday, March 30, 2012

Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut


Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut | Sekali imbas, filem ini tidak banyak bezanya dengan karya filem seram komedi Ahmad Idham sebelum ini seperti Hantu Bonceng. Ini kerana ia mengetengahkan karya berbentuk seram komedi yang menggeletek perut.

Mengekalkan Zizan sebagai teraju utama, Jangan Pandang-Pandang membawa penonton melayari pengembaraan sekumpulan pelajar kolej yang ditugaskan mengkaji artifak di gua.

Namun dek kerana pelbagai isu yang pernah timbul dalam filem  Hantu Bonceng  sebelum ini, maka, Idham mengambil keputusan untuk membuang beberapa babak yang dirasakan akan dijadikan isu dan menggantikan ia dengan babak yang lebih sesuai.

Malah, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) juga terpaksa memotong 40 peratus adegan dalam Jangan Pandang-Pandang , kerana mereka tidak mahu sebarang kontroversi dicetuskan mana-mana pihak.

Tidak berselindung, Idham menyatakan rasa kecewa dan rajuknya apabila niatnya untuk membawa mesej kepada penonton disalah ertikan sekali gus, menampakkan Idham seolah-olah cuba mempersendakan agama Islam.

"Setiap kali saya menghasilkan karya, saya pasti menyelitkan mesej-mesej untuk difikirkan oleh remaja kini. Saya sesuaikan dengan persekitaran semasa yang kini dibanjiri oleh pelbagai gadjet canggih.

"Daripada mereka menyimpan lagu-lagu yang tidak bermanfaat di dalam telefon bimbit, atau gajet mereka, lebih baik mereka menyimpan ayat-ayat al-Quran. Namun ada pihak yang menuduh saya mempersendakan agama Islam setiap kali memaparkan penggunaan ayat-ayat suci dalam karya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan perdana  Jangan Pandang-Pandang  di TGV 1Shamelin, kelmarin.

Tidak mahu untuk terus menimbulkan perkara-perkara yang dianggap kontroversi, Idham mengakui  Jangan Pandang-Pandang  adalah karya seram terakhirnya buat masa ini.

"Trauma dibuatnya apabila mengenangkan kembali isu filem Hantu Bonceng yang dikritik hebat gara-gara membabitkan ayat-ayat suci Al-Quran. Justeru itu, saya membuat keputusan Jangan Pandang-Pandang  adalah karya seram saya yang terakhir.

"Namun, apabila isu agama dibangkitkan dalam  Hantu Bonceng  saya menyunting semula segalanya yang membabitkan ayat suci tersebut dalam Jangan Pandang-Pandang agar ia tidak menjadi isu kemudian hari," jelasnya.

Biarpun banyak babak terpaksa dipotong dan beberapa dialog terpaksa 'ditampal' agar tidak dijadikan isu, namun filem yang diterajui oleh Zizan Razak (Ajis), Sara Ali (Yaya), Miera Leyana (Marsha), (Ben) Nas-T dan Anith Aqilah (Diana) itu masih lagi menarik.

Apatah lagi, kehadiran Zizan yang tidak pernah mengecewakan menambahkan 'rasa' buat penonton mengikuti jalan cerita ini dari mula sehingga akhir.

Ditambah pula gandingan pertama kali Zizan dan Sara Ali, bagai memberi nafas baru buat gandingan pelakon di Malaysia.

Naratif penceritaan filem ini pula tidak sukar difahami. Seperti biasa, Idham bijak mengadun babak demi babak untuk disesuaikan dengan situasi jalan cerita.

Malah, dalam usahanya untuk 'menggeletek' penonton dengan lawak spontan dan keadaan semasa, Idham tidak lupa untuk menyelitkan mesej-mesej berguna kepada penonton. Antaranya tentang tanggungjawab seorang pemimpin, semangat setia kawan, jangan bersikap riak dan banyak lagi.

Filem terbitan Excellent Pictures ini, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan pelajar yang dikehendaki membuat kerja kursus di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Terengganu.

Kerja kursus yang sepatutnya menjadi masa yang singkat bertukar kepada satu pengembaraan yang tidak pernah dialami apabila bot yang dinaiki mereka, hilang tanpa dikesan.

Dalam perjalanan mencari jalan keluar, Ajis, Ben, Marsha, Yaya dan Diana ditangkap oleh satu kumpulan jahat yang menetap di pedalaman kawasan itu.

Jangan Pandang-Pandang Menggeletek Perut

You Might Also Like

4 comment

Assalamualaikum . . Hi peoples  . . Currently leave UR comment here . .I will reply soon as fast as I could . .Do drops UR link . . please don't SPAM ! ! 

Like us on Facebook

Flickr Images